MUNGKINKAH KITA SEDANG MENUJU KEARAH DWI SISTEM UNDANG UNDANG??

 

MUNGKINKAH KITA SEDANG MENUJU KEARAH DWI SISTEM UNDANG UNDANG??


Che Ibrahim


Hari ini banyak suara suara mahu  Mahkamah Syariah dimartabatkan setaraf dengan Mahkamah Sivil. Pemerkasaan Mahkamah Syariah tidak akan mencapai nawaitunya selagi Mahkamah Syariah tidak diberi kuasa setaraf Mahkamah Sivil. 


Perkataan "syariah" dibelakang perkataan mahkamah menjadi pemacu untuk meletakkan mahkamah syariah mengikut kehendak hukum syarak. Mahkamah Sivil dianggap mahkamah sekular kerana tidak ada perkataan "syariah" bersamannya. 


Isunya sekarang adakah kita mahu menjadikan Malaysia sebuah negara yang menggunapakai dwi sistem undang undang?...Syariah/Islamic Law dan Common Law. Jika dalam pendidikan, kita ada sekolah aliran Islam/agama dan sekolah sekular, dalam ekonomi kita ada sistem perbankan Islam dan konvensional, begitu juga dalam muamalah terutama dalam sektor perlindungan insurance, maka adakah atas semangat ini kita mahu terapkan dwi sistem dalam perundangan???


Saya berpandangan sebuah negara tidak wajar ada dua mahkamah keadilan yang beramal dengan dwi sistem undang undang - undang undang Islam Dan common law.


Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah perlu diperkasakan mengikut fungsi penubuhannya yang termaktub dalam perlembagaan. Jika pun kita mahu beramal dengan "syariah law" terutama bagi kesalahan hudud dan qisas, kita tidak perlu memindahkan bidangkuasa jenayah ini ke Mahkamah Syariah. 


Kita boleh beramal dengan "Islamic law," dengan meminda Kanun Kesiksaan dan akta akta jenayah lain dengan memasukkan hukuman bagi kesalahan kesalahan tersebut mengikut syariah Islam. Kita boleh meminda Akta Keterangan, Akta Tatacara Jenayah, Tatacara Mal/sivil dll mengikut kehendak syariah.


Maknanya kita tidak perlu menaiktaraf Mahkamah Syariah sebagai mahkamah keadilan untuk membicarakan kes kes jenayah setaraf dengan mahkamah sivil. Kita tidak perlu meminda Perlembagaan untuk memberi kuasa jenayah yang lebih tinggi kepada Mahkamah Syariah, tetapi kita boleh melaksanakan "syariah Islam" @ undang undang syariah secara menyeluruh dengan mengislamisasikan undang undang dan sistem kehakiman yang telah sedia ada. Mahkamah Syariah kekal sebagai Mahkamah Keluarga Islam.



No comments: