MENGAPA AKTA 355 SANGAT SENSASI??






 Che Ibrahim


Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 ( Pindaan 1984 dan 1989) hanya ada 3 seksyen @ 3-4 muka surat sahaja (3 helai kertas temasuk muka depan).


Seksyen 1 menyatakan pemakaian Akta yang terpakai di seluruh Malaysia. 


Seksyen 2 menyatakan bidangkuasa Mahkamah Syariah, iaitu:


Perenggan (I) berkaitan dengan kesalahan kesalahan terhadap rukun rukun agama Islam oleh orang orang yang menganut agama tersebut seperti yang termaktub butirannya dalam Senarai II, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan,


Perenggan (II) berkaitan kuasa hukuman yang dibenarkan ialah denda tidak melebihi rm5000, penjara tidak melebihi tempoh 3 tahun, sebat tidak melebihi 6 kali atau gabungan kepada hukuman hukuman tersebut. 


Seksyen 3 berkenaan pengecualian kesalahan hukum syarak sebelum Akta ini dikuatkuasa. 


Maknanya jika pun berlaku pindaan kepada Akta 355 ini, ianya sekadar berkaitan jumlah hukuman seperti yang disebut dalam perenggan (ii), Seksyen 2, iaitu denda rm5000, penjara 3 tahun dan sebat 6 kali kepada suatu jumlah hukuman baru yang lebih relevan. 


Isunya mengapa perkara yang semudah dan sekecil itu menjadi begitu sensasi dalam polemik yang berpanjangan??



No comments: