APA CERITA PENGUMPULAN SEJUTA TANDATANGAN UMNO UNTUK BEBASKAN NAJIB?


Mesyuarat MT UMNO pada 4 Februari lalu memutuskan untuk mengumpul sejuta tandatangan daripada ahli parti itu di seluruh negara untuk dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong dalam kadar sesegera mungkin bagi tujuan pembebasan Najib Razak.


Tujuan pengumpulan sejuta tandatangan itu adalah untuk merayu kepada Agong agar Lembaga Pengampunan dapat memberi pengampunan penuh, berbanding hanya pengurangan hukuman yang diputuskan lembaga tersebut pada 29 Januari lalu.


Arahan awal kepada UMNO Bahagian-Bahagian ialah mereka dikehendaki mendapatkan tandatangan daripada ahli di setiap cawangan di seluruh negara yang mana tandatangan itu perlu dikembalikan semula ke pejabat UMNO Bahagian selewat-lewatnya pada 9 Februari.


Selepas itu, UMNO Bahagian akan menghantar tandatangan yang sudah dikumpul itu ke Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur.


Tetapi, hari ini sudah 20 Februari, apa cerita lanjut tentang tandatangan yang dikumpul?


Kenapa diam membuta macam tak ada khabar berita?


Sudah dapatkah sejuta tandatangan itu?


Kalau sudah cukup sejuta tandatangan yang dikumpul, kenapa tidak diumumkan dan bila lagi nak dipersembahkan ke Istana Negara?


Jika belum cukup sejuta pula, sudah berapa jumlah tandatangan yang diperolehi setakat ini?


Tetapi ada satu bahagian UMNO yang jumlah cawangannya hampir 100, namun difahamkan tak sampai separuh daripada jumlah cawangan yang berjaya mengembalikan borang-borang yang sudah ditandatangani ke pejabat UMNO Bahagian.


Apa cerita ni?


Bagaimana agaknya dengan UMNO bahagian-bahagian yang lain, sudahkah pihak cawangan berjaya mengumpul tandatangan dan mengembalikan ke pejabat UMNO Bahagian masing-masing?


Ishh…ishh…ishh…rasa-rasa macam kena drama je Najib untuk kesekian kalinya lagi? – ShahbudinHusin 20/02/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/02/20/apa-cerita-pengumpulan-sejuta-tandatangan-untuk-bebaskan-najib.html