Ringgit jatuh ekonomi merudum?

 








Ringgit jatuh ekonomi merudum?


Ada orang baca ekonomi dengan melihat nilai ringgit ketimbang USD.


Ada baca pada kedudukan pasaran saham. Pasaran saham sedang melebih 1500 mata, lebih awal dari jangkaan. Alhamdulillah. 


Ahli ekonomi  akan lihat angka-angka atau petunjuk ekonomi secara menyeluruh.


Antaranya pelaburan yang masuk(FDI-17.1billion), kadar inflasi(1.6%), kadar penganggguran(3.3%)  daya saing(27), eksport dan pertumbuhan ekonomi setiap suku tahun.


Alhamdulillah, baru-baru ini LHDN telah berjaya mengutip hasil tertinggi dalam sejarah sebanyak RM183.3 billion. Begitu juga Jabatan Kastam, mengutip RM55.1 billion, juga tertinggi dalam sejarah. Boleh lah kerajaan tambah lagi elaun E-Madani. Belum lagi pendapatan khas dari Petronas dll.


Berkenaan ringgit, BNM setakat ini kekal dengan OPR 3.0 dan tidak mencampuri secara langsung kedudukan ringgit,  seperti menggunakan rizab negara (USD113.5 billion) untuk membeli ringgit seperti yang dibuat oleh negara lain seperti Singapura. 


Ini kerana soal 'kejatuhan' ringgit berkait rapat dengan pengukuhan dolar itu sendiri. BNM optimis yang ringgit akan naik pada tahun ini sejajar dengan perkembangan ekonomi yang baik.


Sektor pelancong yang rancak juga telah menyebabkan ekonomi hiliran mendapat manfaat yang besar. Peluang pekerjaan juga terbuka luas.


Kesan kenaikan harga barang adalah minima dibandingkan dengan peluang menjana pendapatan. Yang penting rajin.


Kerancakan ekonomi turut dirasai oleh para  kontraktor sesuai dengan jumlah pelaburan masuk yang diluluskan. Projek kerajaan dan swasta menjadi emas kepada para kontraktor. 


Untuk mereka yang sedang gembira melihat ringgit jatuh ketimbang USD...esok anda beli sarapan masih guna ringgit yang sama.🤩


Sila kongsi untuk kefahaman rakyat. 


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka

#KPKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX



No comments: