RINGGIT LEMAH BERBANDING DOLAR AS KERANA BNM DAN PMX


Adrian Lim Chee An.



BNM dan PMX punya pasal lah, Ringgit semakin lemah berbanding Dolar AS.

Korang tahu tak, zaman Covid/PKP sehingga ke sekarang, kadar kenaikan faedah Amerika Syarikat (Federal Interest Rate) adalah lebih cepat dan lebih tinggi berbanding Malaysia (OPR)?

AS: Daripada 0.05% -> 5.25/5.50% (kenaikan 5.20/5.45%)
Malaysia: 1.75% -> 3.00% (kenaikan 1.25%)

So, korang rasa pelabur asing nak letak duit kat mana?

A. AS yg menjana keuntungan 5.20%/5.45%
B. Malaysia yg menjana keuntungan 3.00%

Of course lah kat negara AS yg menjana keuntungan 5.25/5.50%.

Sebab saya sebut Federal Interest Rate dan OPR ini ialah kerana kebanyakan orang yang bukan pelabur, tidak faham bahawa Federal Interest Rate dan OPR ialah penanda aras atau benchmark untuk semua bank-bank komersil dalam urusan pendepositan dan peminjaman.

Federal Interest Rate dan OPR tidak hanya memberi kesan kepada peminjam. Ianya juga memberi kesan kepada pelabur dan pendeposit.

OPR rendah, peminjam nikmati pembayaran balik lebih rendah, tetapi pulangan pelabur juga rendah.
OPR tinggi, peminjam terbeban dengan pembayaran balik lebih tinggi, tetapi pulangan pelabur juga tinggi.

Ini kerana sistem kewangan seluruh dunia ialah berdasarkan konsep “pelabur letak duit kat bank dan bank meminjamkan duit tersebut kepada peminjam”.

Kat Malaysia sekalipun, Maybank ke, CIMB ke, Public Bank ke, Hong Leong ke, RHB ke, apa-apa bank pun, mereka tak boleh “cetak wang sesuka hati” seperti yang pernah dicadangkan oleh seorang Ahli Parlimen di Kelantan.

Jumlah wang yang boleh dipinjamkan oleh bank kepada peminjam untuk membeli kereta / rumah / berniaga adalah terikat kepada jumlah wang yang disimpan oleh para pendeposit dalam bank terbabit. 

Berbalik kepada kenapa ini salah BNM dan PMX.

Ini salah BNM dan PMX kerana enggan menaikkan OPR ke paras yang lebih tinggi seperti AS.

Dengan tidak menaikkan OPR ke paras yang lebih tinggi, para pelabur melihat ini sebagai tandanya keuntungan mereka tidak lagi berkembang.

So, mereka bawa duit mereka daripada negara yg memberi pulangan 3.00%, ke negara lain seperti AS yg memberi pulangan 5.25/5.50%.

Saya faham kenapa BNM dan PMX enggan menaikkan OPR pada kadar yang lebih cepat dan tinggi.

Mereka tidak mahu terlalu membebankan rakyat kat bawah.

Akan tetapi, rakyat kat bawah yang sedang menikmati kenaikan yang tidak terlalu membebankan sekarang, ramai yang tidak reti bersyukur dan menyerang kerajaan pula kerana Dolar AS semakin menguat berbanding Ringgit Malaysia.

Jadi situasi “oxymoronic” ini telah muncul. Kerajaan bela rakyat miskin kat bawah sehingga pelabur kaya raya bawa duit mereka ke negara lain.

Selepas itu, rakyat kat bawah yang menikmati kenaikan OPR yang tidak terlalu tinggi seperti kat AS, menyerang balik kerajaan yang sedang membela mereka.

Kalau saya PMX, dah awal saya pro-menaikkan OPR. Biarlah para pelabur kaya raya membawa kembali wang mereka untuk disimpan kat Malaysia dan menjana keuntungan. Dengan itu, Ringgit akan kembali menguat berbanding Dolar AS.

Walaun yg meminjam daripada bank yang menerima deposit para pelabur bagaimana pula? Lantaklah depa. Kerajaan bela mereka kah tekan mereka, sama je walaun akan terus mengkritik kerajaan.


No comments: