"Pada waktu tu, kita perlukan banyak peralatan perubatan, pelitup hidung dan mulut serta peralatan perlindungan diri (PPE) sudah semestinya, PPE banyak, selain pemilihan staf sana sini semasa darurat.
"Keperluan itu mendesak dan banyak benda yang dilakukan nak cepat, ada yang terpaksa order dulu dan ada sesetengah yang perlukan deposit. Ini semua tak melalui proses-proses seperti biasa, tetapi mereka dinasihat melaksanakan tanggungjawab dengan baik," katanya, dipetik Berita Harian.