SPRM Bakal Dakwa Dua Individu Kes Baja Lambat Di Kedah

 

IMG_7077

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-59 SPRM di Putrajaya pada 1 Oktober 2026. Foto SPRM

PUTRAJAYA, 2 Okt – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan berhubung isu kelewatan pembekalan baja di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Sehubungan itu, dua individu dijangka akan didakwa dalam masa terdekat sama ada minggu depan atau minggu berikutnya, tertakluk kepada keizinan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman, pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM iaitu berkaitan penyelewengan dan dokumen palsu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-59 SPRM di Putrajaya pada 1 Oktober 2026. Foto SPRM

“Penyiasatan SPRM terhadap masalah pengedaran baja di Kedah terhadap petani dan pesawah telah selesai.

“Kami akan merujuk kes itu kepada Jabatan Peguam Negara, jika seandainya diberikan keizinan mungkin minggu depan atau minggu lagi satu pertuduhan akan didaftarkan di mahkamah,” katanya semasa sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-59 SPRM di sini semalam.

Isu berkenaan timbul berikutan kelewatan penerimaan baja bagi penanaman padi yang mengakibatkan tempoh mula menanam menjadi lambat daripada kebiasaan walaupun bekalan air mencukupi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-59 SPRM di Putrajaya pada 1 Oktober 2026. Foto SPRM

Bertindak atas aduan Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), SPRM membuka kertas siasatan pada 7 September lalu berhubung isu kelewatan pengagihan bekalan Baja Sebatian Tambahan (Baja Padi 3) kepada pesawah di Kedah.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang melantik pembekal namun gagal menghantar bekalan dalam tempoh ditetapkan telah menjejaskan keperluan pesawah di kawasan MADA yang berkeluasan 100,000 hektar.




No comments: