PM Anwar Batal Sebahagian Besar Program, Fokus Persiapan Belanjawan 2027

 


IMG_7058

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN) 2026 di Putrajaya pada 1 Oktober 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 1 Okt – Memandangkan Belanjawan 2027 bakal dibentang pada 9 Oktober ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan beberapa acara bagi menumpukan persiapan lebih rapi berhubung perincian

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri ketika berucap pada pada Anugerah Tokoh Siswa Negara 2026 kecuali menghadiri perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Bahrain di Malaysia selaku penganjur bersama dengan Bahrain dan menyambut kehadiran Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa.

“Saya sebenarnya acara-acara hujung minggu ini semua saya batalkan. Cuma F1 (Gulf Air Grand Prix Bahrain di Malaysia 2026) itu saya terima kerana Malaysia jadi penganjur bersama dengan negara lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN) 2026 di Putrajaya pada 1 Oktober 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Semua dalam dua tiga hari saya batalkan sebab saya terpaksa tumpu untuk menyiapkan belanjawan,” katanya.

Tambah Anwar, beliau perlu meneliti pelbagai keperluan merangkumi pelbagai sektor termasuk pesawah di Kedah, nelayan di Terengganu, masyarakat Iban di Sarawak serta bidang teknologi dan kecerdasan buatan (AI).

“Ribuan jabatan dan puluhan kementerian, semuanya ada kepentingan dan rasionalnya. Dari pesawah di Kedah, nelayan di Terengganu, masyarakat Iban di Sarawak, bidang teknologi, bidang AI, semuanya menuntut perhatian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN) 2026 di Putrajaya pada 1 Oktober 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Insya-Allah, tentunya mahasiswa dan universiti juga tergolong dalamnya,” katanya.

Belanjawan 2027 melibatkan pelbagai permintaan dan keperluan rakyat yang perlu diberi perhatian, membabitkan pelbagai sektor serta negeri yang dijangka dibentang pada 9 Oktober ini.

Terdahulu, Perdana Menteri  menyertai Pit Lane Walk bersempena dengan perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain 2026 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini bermula esok hingga Ahad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN) 2026 di Putrajaya pada 1 Oktober 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Turut serta ialah Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif serta Ketua Eksekutif Litar Antarabangsa Bahrain (BIC), Sheikh Salman Isa Al Khalifa.




No comments: