‘Ikut Jejak’, Chean Chung Letak Jawatan MP Petaling Jaya

 

IMG_7080

Lee Chean Chung mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya pada 2 Oktober 2026.

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Seperti dijangka, Lee Chean Chung, hari ini, mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya, tanpa syarat.

Chean Chung yang memenangi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atas tiket Pakatan Harapan (PH) mewakili KEADILAN, mengumumkan keputusan itu pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Ini menjadikan beliau ahli parlimen keempat berbuat demikian setelah Rafizi Ramli (Pandan), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa) dan Wong Chen (Subang) juga meletak jawatan susulan pelancaran parti ‘kancil’ pertengahan Mei lalu.

Lee Chean Chung (depan, dua dari kanan) dilihat hadir pada pelancaran parti ‘kancil’ bersama Wong Chen pada Mei 2026.

Bekas ADUN Semambu di Pahang itu terdahulu mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN berkuat kuasa serta-merta pada 12 Jun lalu setelah 18 tahun bersama parti itu dan lapan tahun memegang jawatan di peringkat pusat.

Bagaimanapun, ketika itu, beliau memaklumkan akan kekal sebagai anggota KEADILAN dan terus menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen ‘sehingga Parlimen dibubarkan’.

Bagaimanapun, akar umbi KEADILAN di Petaling Jaya membuat laporan kepada parti didakwa kerana rasa tidak puas hati semakin meningkat dipercayai setelah hadir pada pelancaran parti ‘kancil’ bersama-sama Wong Chen dan beberapa ahli parlimen yang rapat dengan kem Rafizi.





No comments: