Ketirisan wang awam dan salah guna kuasa mesti ditutup, khususnya melibatkan Badan Berkanun Persekutuan.

 

Bard Badang






Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) dengan mesej jelas — ketirisan wang awam dan salah guna kuasa mesti ditutup, khususnya melibatkan Badan Berkanun Persekutuan.

Anwar menegaskan penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak mencukupi. Budaya integriti dan tatakelola baik perlu dibina secara berterusan dalam sektor awam, swasta dan masyarakat.
Mesyuarat turut bersetuju supaya kajian undang-undang dibuat bagi merangka Rang Undang-Undang Khairat untuk mengawal selia entiti amanah dan pendanaan awam, selain memperkukuh disiplin kewangan badan berkanun dan entiti kawalan kerajaan.
Anwar turut menegaskan:
“Setiap ringgit wang awam adalah amanah rakyat yang mesti dijaga.”
Mesej itu cukup terang.
Siapa pun berada dalam kerajaan, siapa pun duduk dalam mesyuarat Kabinet, prinsipnya sama — wang rakyat bukan milik parti, bukan milik individu dan bukan ruang untuk disalahgunakan.
Dalam isu tatakelola, Anwar nampaknya mahu semua pihak faham satu perkara:
Kuasa datang bersama tanggungjawab. Dan bila melibatkan wang rakyat, alasan politik tak boleh jadi pelindung.






No comments: