Kalau ada satu perkara yang patut diberi perhatian dalam pentadbiran Anwar hari ini, ia adalah keberanian institusi membuka kembali cerita lama yang melibatkan aset rakyat dan agensi yang jaga kepentingan Malayu.
FELDA, Tabung Haji dan Mara.
Takkan nak harapkan pemimpin UMNO sendiri yang sarat dengan banyak cerita sakau? atau nak harapkan pemimpin PAS yang puas hati dengan penyakau?
FELDA bukan syarikat kecil. Ini institusi yang dibina untuk peneroka, melibatkan tanah, pelaburan dan harta bernilai berbilion ringgit.
Anwar sendiri sudah berkata, siasatan terhadap isu FELDA bukan soal membalas dendam politik. Katanya, tugas kerajaan ialah memastikan undang-undang ditegakkan, manakala kerja menyiasat diserahkan kepada agensi penguat kuasa.
Dan sekarang kita nampak proses itu bergerak.
Semalam, bekas CEO FIC Mohd Zaid Abdul Jalil didakwa atas dua pertuduhan memperdayakan Lembaga Pengarah FIC berhubung pelantikan pemaju dan nilai pasaran 24 lot tanah FELDA di Jalan Semarak. Beliau mengaku tidak bersalah.
Antara dakwaan pendakwaan ialah lembaga dibuat percaya bahawa nilai tanah tersebut RM330.96 juta, sedangkan laporan penilai yang dirujuk didakwa meletakkan nilai RM691.7 juta. Perbezaannya lebih RM360 juta.
Hari ini pula, bekas Pengarah Besar FELDA Datuk Faizoull Ahmad didakwa berhubung Power of Attorney yang digunakan dalam urusan pemindahan hak milik 16 lot tanah FELDA di Jalan Semarak. Beliau juga mengaku tidak bersalah.
Ini baru kes KLVC. Di bawah Ops Fella, SPRM membuka enam kertas siasatan baharu selain meneruskan satu siasatan lama, melibatkan pembelian serta pelaburan aset FELDA dan FIC sepanjang 2010 hingga 2020.
Persoalannya bukan siapa kita suka atau siapa kita benci. Persoalannya mudah: apabila ada dakwaan aset peneroka disalah urus, adakah kita mahu perkara itu dibuka sampai habis, atau dibiarkan tenggelam begitu sahaja?
Sebab itu yang penting sekarang bukan slogan politik. Buka fail. Siasat. Bawa bukti ke mahkamah. Kalau tidak bersalah, bebaskan. Kalau terbukti bersalah, ambil tindakan mengikut undang-undang.
FELDA terlalu besar untuk dijadikan tempat sesiapa bermain dengan harta peneroka.
No comments:
Post a Comment