Manipulasi fakta oleh LSS.apek ini membakar negara dengan dakwaan dimanipulasi


Ahmad Faizuddin








 Manipulasi fakta oleh LSS.

—
Ni poster dia buat. Dia ambik screenshot daripada BNM.
Berapa sukuk atau bon kerajaan terbitkan.
Berapa jumlah kerajaan redeem semula.
Bahasa mudah;
Kerajaan terbitkan bon/sukuk - kerajaan nak tambah hutang.
Kerajaan redeem semula - bayar balik hutang lama.
Terbit bon/sukuk - redeem semula = net bersih hutang baharu kerajaan.
Faham?. Simple kan.
—-
Dalam screenshot dia, LSS ambik screenshot bulan Jan-Sept 2026.
Berapa net bersih? - RM88.74b.
Tinggi.
Baru bulan September. Kata kerajaan nak kurangkan pengambilan hutang tahunan, nak rendahkan lagi defisit fiskal.
So, saya semak. Pergi direct ke laman web BNM. Nak try?. Klik link ni:
Pilih tahun 2026 ye.
Keluarla rekod baru. Latest punya. Panas-panas.
Berapa issuance bond/sukuk?. Kerajaan ambik hutang berapa?. - RM145b.
Berapa kerajaan redem bond/sukuk?. Kerajaan bayar hutang lama yang matang?. - RM85.76b.
Berapa net bersih hutang baharu?. - RM59.24b.
Jauh lebih kecil daripada apa yang LSS paparkan. Kenapa?.
Sebab LSS tak update. Ada bayaran besar muncul bulan September terkini sejumlah RM31.81b.
Gambar yang LSS letak sebagai poster - redemption bulan Sept hanya RM2.31b.
——
LSS nampak peluang.
LSS main naratif.
LSS kelirukan ramai netizen.
Netizen yang kurang terdedah dengan maklumat betul akan panik dan ingat ekonomi Malaysia dah hancur. Hutang banyak tak terkawal.
Macam mana nak lawan LSS?.
Ilmu dan iman. Cari kebenaran. Sebab kebenaran itu adalah Islam.








No comments: