LANGKAH YANG DIAMBIL UNTUK MENINGKATKAN HASIL PADI NEGARA

 


Sebagai langkah proaktif, pada tahun ini Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berazam untuk menambah baik mekanisme pelaksanaan sedia ada dan merangka hala tuju baharu bagi industri padi dan beras negara. Perubahan ini kita gelarkan "Gelombang Padi".


𝐅𝐎𝐊𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀: Memperkenalkan Dasar Baharu Insentif Benih Padi Sah (IBPS). Antara usaha yang akan dilaksanakan adalah:


▶️ Menambah keluasan kawasan dengan mengambil kira pelaksanaan Program Lima Musim Penanaman Padi Dalam Tempoh Dua Tahun atau 5:2.


▶️ Mewujudkan stokpail benih negara dengan tambahan penggunaan tiga (3) beg benih padi sehektar.


▶️ Menggalakkan penggunaan benih padi sah oleh kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.


▶️ Pada masa ini, Insentif Benih Padi Sah (IBPS) hanya dilaksanakan di Semenanjung sahaja. Pada tahun ini, Kementerian merancang untuk memperluaskan pelaksanaan ke Negeri Sabah dan Sarawak yang mengambil kira keluasan sebanyak 50,000 hektar denngan melibatkan pertambahan 7,000 tan metrik benih padi sah.


▶️ Dari segi teknologi, kita akan memperkenalkan Sistem Pengesanan IBPS yang akan dibangunkan bersama SIRIM Berhad.


▶️ Bagi tujuan kawalan, Kementerian akan memperkenalkan pembungkusan kampit beg IBPS yang baharu.


▶️ Kita juga akan menggiatkan usaha bagi membawa benih padi dari luar negara yang mempunyai tempoh matang yang lebih singkat dan berkualiti.


▶️ Kementerian merancang untuk membangunkan kemudahan infrastruktur untuk kawasan benih padi asas yang dikeluarkan oleh pihak MARDI.



No comments: