KOS HAJI NAIK MEMBEBANKAN RAKYAT???


Haji adalah satu perjalanan ibadat yang hanya diwajibkan ke atas mereka yang cukup syarat dan ada kemampuan (اسثطاعة). Kecek mudah gat, lebih kurang poligami, walaupun Islam suruh, tapi kalau tak mampu, tak payah la bersusah nak poligami, makin menimbulkan mudharat.


Apa pun bagi ambo, isu haji ni ada 4 isu pokok yang perlu dilumatkan:


1. Kos Sebenar Haji.


Tidak semua kerajaan campurtangan dalam isu mengerjakan haji, kebanyakan negara negara Islam tidak menjadikan ibadat haji sebagai tanggungjawab kerajaaan, sama seperti solat dan puasa, terserah sepenuhnya kepada rakyat. Ada yang beli kain sembahyang dengan harga puluhan ribu, tak timbul pun rasa terbeban. Begitu juga Umrah, apabila ianya urusan persendirian, rakyat tidak pernah bangkit tentang kosnya.


Apabila kerajaan mengambil tanggungjawab tentang urusan haji rakyatnya, maka isu kos akan menjadi isu pokok, lebih lebih lagi apabila kerajaan "terlebih amat baiknya" sehingga bukan sahaja mengurus haji untuk rakyatnya, bahkan memberi subsidi haji, satu usaha yang tidak dituntut oleh syarak. 


Isunya berapa kos sebenar haji jika tidak dikerjakan melalui Tabung Haji atau sebenarnya Tabung Haji mengambil kesempatan dengan mengenakan kos yang tinggi?? 


2. Konsep Istitoah @ mampu


Seperti yang semua orang tahu haji hanya wajib ke atas orang Islam yang cukup syarat dan ada kemampuan untuk pergi dan balik, tidak berhajat kepada ihsan orang lain, apalagi subsidi dari kerajaan.


Prinsip ini tidak ramai difahami oleh umat Islam sehingga ada yang terkilan kalau sepanjang hidupnya tidak dapat mengerjakan haji walaupun tidak mampu. Bagi mereka perjalanan ke Mekah di penghujung usianya adalah impian tertinggi seorang umat Islam yang soleh atau yang ingin bertaubat dari dosa dosa mudanya. 


3. Isu Kouta Dan giliran Haji.


Apabila terlalu ramai umat Islam berebut rebut untuk menunaikan haji, maka timbullah isu kouta dan giliran.


Bagi ambo seorang yang tidak wajib haji kerana tidak cukup syarat dan tidak ada kemampuan tidak perlu resah dengan sisten kouta dan giliran haji. Tetapi bagi yang sudah cukup syarat dan ada kemampuan, sudah tentu mereka mengharapkan nama mereka untuk naik haji dipilih sesegera mungkin. Kalau dia gagal menunaikan haji, sedangkan dia sudah cukup syarat, tapi giliran hajinya tertangguh tangguh akibat sistem kouta dan giliran haji yang cacamerba, maka siapa yang akan bertanggungjawab atas kegagalan mengerjakan haji ini jika mati lebih dulu menjemputnya?? 


Kerajaan atau lebih tepat Tabung Haji mesti telus dan adil melaksanakan sistem kouta dan giliran haji ini. Bakal haji yang sudah cukup syarat dan ada istitoah mesti diberi keutamaan. Sistem duluan berdasarkan tarikh daftar haji sebenarnya tidak adil untuk bakal haji, sebaliknya konsep istitoah dan bakal haji yang belum pernah menunaikan haji perlu didahulukan dan menjadi keutamaan.


Yang penting jangan kerana sistem kouta dan giliran haji menyebabkan ramai bakal haji yang sepatutnya sudah wajib baginya pergi menunaikan haji, terpinggir atau dipinggirkan. Sistem kouta dan giliran telah menafikan haknya untuk menunaikan haji... Naazubillah. 


4. Jemaah haji yang mana yang perlu diurus oleh Tabung Haji? 


Bagi ambo bukan semua jemaah haji perlu diurus melalui Tabung Haji. Mereka yang ada kemampuan mengurus sendiri ibadat hajinya, atau mereka yang dalam ketegori bukan wajib haji samada kerana sudah menunaikan haji atau sebab sebab lain, tidak perlu diurus melalui Tabung Haji.

Tabung Haji sewajarnya diberi atau memikul tanggungjawab untuk mempastikan rakyat Malaysia yang sudah cukup syarat dan wajib ke atasnya menunaikan ibadat haji mendapat keutamaan dan peluang mengerjakan haji setiap kali musim haji tiba. Jangan biarkan terus menanti nanti dan berharap harap tanpa mengetahui bila saat itu akan tiba untuknya.



No comments: