2HB FEBRUARI AKAN TAHU KES RAYUAN SAMA ADA KE MAHKAMAH ATAU SEBALIKNYA- GILIRAN ANAK TUN M IAITU MIRZAN DAN SPRM BAGI MASA 30 HARI!


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan perintah notis kepada ahli perniagaan Mirzan Mahathir untuk mengisytiharkan aset dalam tempoh 30 hari, dalam siasatan berhubung maklumat dalam Kertas Panama. Dalam kenyataan hari ini, SPRM berkata notis itu diserahkan Mirzan - yang merupakan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad - semalam ketika dia hadir di ibu pejabat suruhanjaya antirasuah berkenaan di Putrajaya. "SPRM mengesahkan telah memanggil ahli perniagaan, Mirzan bin Mahathir semalam ke Ibu Pejabatnya di Putrajaya untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan. =================================================================================== Pihak pendakwaan dalam kes Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang berdepan dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan, membantah permohonan pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen Selayang. Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud berkata tindakan pihak pembelaan memfailkan notis usul pada 11 Jan lepas untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, bukan suatu alasan yang perlu dipertimbangkan bagi menangguhkan perbicaraan. “Pemfailan notis usul dibuat pada saat-saat akhir semasa kes ini sudah menghampiri tarikh bicara menunjukkan sikap tertuduh (Muhammad Sanusi) sengaja mahu melengah-lengahkan perbicaraan, sedangkan semua tarikh perbicaraan itu dipersetujui oleh pihak-pihak di mahkamah ini. Sumber Berita 1. https://www.malaysiakini.com/news/693599 2. https://www.malaysiakini.com/news/693603 #mirzandisiasatSPRM #anakTUNMdisiasat #gengsapubersih Join this channel to get access to perks:





No comments: