Lima bulan tadbir Terengganu, tidak nampak kemajuan dibawa Pas


 

Pas-PN Terengganu yang mendabik dada setelah menang 32 - 0 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos 2023, setelah 5 bulan berkuasa, tidak mempersembahkan kemajuan yang seharusnya senilai dengan sokongan luar biasa pengundi ke atas mereka.



Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, tanpa kemajuan atau bertambahnya kebajikan kepada rakyat maka janji Pas Terengganu sepanjang kempen PRN lalu hanyalah hipokrit semata mata.



Rakyat Terengganu, katanya, sewajarnya membuat perbandingan setengah tahun pertama Kerajaan Perpaduan mentadbir Malaysia berbanding tempoh sama Pas mentadbir Terengganu.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_361b70c4a6e74948a5241761c8eb981f~mv2.jpeg/v1/fill/w_360,h_240,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_361b70c4a6e74948a5241761c8eb981f~mv2.jpeg

Ahmad Nadhir Yop



"Selepas 5 bulan Pas menang di Terengganu 32 - 0 (dalam PRN) saya nampak tidak ada perubahan yang signifikan. Kecuali pelbagai kontroversi, misalnya pembelian kereta rasmi Exco, cukai di Majlis Perbandaran Kemaman (sebelumnya tidak dikena cukai) dan isu air (paip pecat lambat dibaiki) di Besut.



"Jadi kita cabar Pas, 100 hari pemerintahan Pas di Terengganu apa rakyat dapat? Kita bandingkan dengan pentadbiran Anwar 100 hari Kerajaan Perpaduan (peringkat Persekutuan).



"Ini menunjukkan betapa tidak bersedianya Pas nak memerintah, tetapi 'gebang'nya luar biasa. Hipokritnya pemerintahan Pas," kata Ahmad kepada Suara Keadilan.



Beliau yang juga Pengarah Komunikasi KEADILAN Cabang Kemaman berkata, rakyat kini menuntut janji janji manis Pas sepanjang kempen PRN lalu.



Begitu juga Menteri Besar Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Naib Presiden Pas, ujarnya, tidak cukup dengan slogan 'Pas bukan parti ekstrem', tetapi perlu menunjukkan parti itu lebih bersungguh sungguh membela rakyat.



"100 hari tak ada impak apa kepada sosial ekonomi, pendapatan rakyat. Stagnant macam itu sahaja



"Yang mereka dok gebang dalam PRN baru baru ini, kesejahteraan rakyat di mana? Rakyat Terengganu menuntut janji itu.



"(Namun) Samsuri dok sembang Pas bukan parti ekstrem. Tak langsung keluar dari mulut dia mengenai apa Pas telah buat dalam 100 hari. Adakah memberi impak yang baik kepada rakyat Terengganu," katanya lagi.

 

No comments: