[tuduhan] WAN SAIFUL WAN WIBAWA MEROYAN, TUDUHAN BERAT KEPADA PMX DSAI!


Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa Perdana Menteri masih berasa kedudukannya tidak selamat dalam kerajaan. Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, keadaan berkenaan mengakibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menggunakan agensi kerajaan untuk mengawal kritikan daripada pembangkang. “Anwar ada simptom narsisistik, dia ingat dia berkuasa, dia ingat dia hebat tapi ia lahir daripada rasa tidak selamat (insecure). Kita boleh nampak habis satu dunia hubungi dia dia tinggal tidak datang ke rumah sahaja lagi. “Dia tidak yakin dengan majoriti yang dia ada, padahal kini beliau sudah ada sokongan 149 ahli Parlimen jadi sebenarnya dia boleh jalan terus tapi sebab dia tidak yakin maka kerajaan mencengkam dengan cara kuku besi ini jelas kelihatan dilakukan kepada pembangkang,” dakwanya menerusi siaran langsung di TikTok malam tadi.





No comments: