[ponteng dewan] PEMBANGKANG BANTAH SPEAKER, JANGAN HANYA MAKAN GAJI BUTA!



Seorang pemimpin pembangkang menyarankan agar Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, melihat isu ketidakhadiran ahli parlimen secara teliti dan tidak terburu-buru mendedahkan mereka kepada umum Kata Ronald Kiandee (PN-Beluran) sebelum mengambil tindakan tersebut, Johari perlulah mengadakan perbincangan terlebih dulu dan bukannya membuat keputusan sendiri. Dalam peraturan mesyuarat Dewan Rakyat, katanya, apa yang disebut ialah mengenai jumlah kehadiran yang mencukupi (korum) namun ia tidak dinyatakan secara tegar (rigid). ================================================================================ Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata rakyat berhak mengetahui alasan Ahli Parlimen dipilih mereka tidak menghadiri atau ponteng sidang Dewan Rakyat. Menyokong cadangan Speaker Johari Abdul untuk memaparkan nama mereka yang berbuat demikian di laman sesawang, Ahli Parlimen Muar itu berkata ini kerana gaji serta elaun mereka dibayar rakyat.






No comments: