Setakat ini belum ada lagi mana-mana negara atau mufti yang fatwakan wajib boikot. Ianya terpulang kepada individu. Nak boikot, teruskan. Tapi jangan kata wajib. Ia hanya harus.
Tapi nak boikot pun kena faham apa dan siapa nak diboikot. Bukan boikot buta. Ada boikot yang baik, ada juga yang lebih merosakkan.
Secara asasnya ada tiga jenis syarikat yang terkait dalam isu penjajahan ini.
Pertamanya, syarikat yang memberi sumbangan secara terus kepada tentera negara haram. Yang ini memang sepatutnya diboikot. Tapi ingat, tidak ada hukum wajib. Hanya patut diboikot.
Kedua, syarikat yang melahirkan rasa simpati pada negara haram itu tapi tidak terlibat dalam memberi sumbangan kepada mereka. Yang ini boleh diboikot tapi tidaklah sekeras yang pertama.
Untuk yang pertama dan kedua, tidak terikat sama ada ia milik Yahudi atau tidak.
Yang ketiga syarikat milik Yahudi yang tak terlibat sama sekali dengan negara haram itu. Simpati tidak beri sumbangan pun tidak. Yang ini tak sepatutnya diboikot. Sebab mereka cuma berniaga.
Apatah lagi jika syarikat itu ada beri sumbangan kepada masyarakat.
Tapi sekali lagi, tidak ada hukum wajib, harus dan haram. Sunat dan makruh pun tak ada. Cuma ada patut dan tak patut.
Semuanya terpulang kepada pemahaman individu. Kalau rasa wajar untuk boikot, teruskan. Kalau rasa tak wajar, tak payah.
Dan tak perlu pun desak/kecam orang lain yang tak seiring atau sependapat dengan kita. Guane boh?
Raja Gelap II
.