MENYAMBUT KEDATANGAN PM JEPUN













 Menyambut kunjungan Perdana Menteri Jepun, TYT Fumio Kishida yang mengetuai delegasi Jepun ke Malaysia dalam lawatan kerja sehari di Kompleks Seri Perdana pagi tadi.


Kami mengadakan pertemuan empat mata hampir satu jam bagi membincangkan perkara penting terkait hubungan Malaysia-Jepun serta pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menyentuh kepentingan kedua-dua negara.


Usai pertemuan, saya dan PM Fumio Kishida hadir dalam mesyuarat bilateral selama lebih satu jam bagi meneroka kaedah memperluaskan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang meliputi lapangan perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan dan keselamatan tenaga serta maklumat dan komunikasi.


Konflik Palestin-Israel turut menjadi agenda utama perbincangan. Dalam soal ini, saya dan PM Fumio Kishida senada menentang pencerobohan haram Israel di bumi Palestin serta bersetuju bantuan kemanusiaan perlu segera dihantar ke Semenanjung Gaza, yang kemusnahannya kini lebih parah ketimbang dampak pengeboman Hiroshima tatkala Amerika Syarikat meledakkan ‘Little Boy’ ke kota tersebut pada tahun 1945.


Kami turut menyinggung soal penubuhan cawangan Universiti Tsukuba di Malaysia, pelepasan air terawat dari loji nuklear Fukushima Daiichi serta komitmen memuktamadkan pelaksanaan Bantuan Rasmi Keselamatan (OSA) dan meningkatkan pelaburan antara kedua-dua negara.


Saya dan PM Fumio Kishida kemudian menyaksikan pertukaran Memorandum Kerjasama (MoC) antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun.


#MalaysiaMADANI



No comments: