APA PUN TAK BUAT.


 Di Amerika, ada pertentangan di antara pro-Palestin dan pro-Israel. Di UK pun sama. Bahkan hampir di seluruh dunia wujud keadaan yang sama. Kecuali di negara ini saja.


Di Malaysia, boleh kata lebih ⅔ rakyat, tak mengira kaum dan agama, menyokong Palestin. Kalau ada pun yang sokong Israel, takkan berani nak sokong secara terbuka.


Tapi di negara kita, tetap wujud pertentangan juga. Sebab ada golongan yang nak dianggap dia lebih kuat sokong Palestin berbanding puak lagi satu.


Kalau nak nampak dia lebih kuat sokong tu dengan berusaha lebih membantu Palestin tu tak apa lagi. Ini tak. Dia tak buat apa pun untuk Palestin. Tapi dia sibuk remehkan apa orang lain buat.


Tujuan dia nak nampak kuat sokong Palestin pun bukan sebab simpati nasib Palestin. Tapi sebab nak dapatkan pengaruh. Senang cerita, Palestin ni jadi tunggangan mereka.


Begitulah jijiknya puak tersebut. Kalau disemak, tak ada pun apa-apa perkara signifikan yang mereka buat untuk bantu Palestin. Mereka sekadar hanya bercakap saja.


Kita rakyat yang cintakan keamanan, yang ikhlas mahu Palestin bebas, wajib jauhkan diri dari puak ini. Kerana kegelojohan mereka untuk kuasa akan merencat usaha untuk membantu Palestin. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: