WARGA PMO KHATAM AL QURAN

 









Dalam kesibukan tugasan harian, saya sempat menyertai Majlis Khatam Al-Quran peringkat Pejabat Perdana Menteri semalam.


Alhamdulillah. Seramai 80 orang warga Pejabat Perdana Menteri yang terlibat telah berkumpul untuk mengkhatamkan bacaan Al-Quran sepanjang bulan Ramadan tahun ini secara beramai-ramai. 


Majlis diadakan dalam penuh ketenangan dan kemerduan tatkala ayat-ayat al-Quran dibacakan.


Ia juga diserikan dengan kehadiran Mudir Madrasah Nahdhah Hasanah, Melele, Kedah, Syeikh Dr. Mohd Jamel Sadaqi Dato’ Mursyid Diraja Syeikh Tajuddin Al-Jarumi seraya menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘10 Akhir Ramadan, Keistimewaan dan Hikmah Dalam Membentuk Insan Madani’. 


Moga keberkatan bulan mulia ini terus dimanfaatkan dengan memperbanyak bacaan Al-Quran kerana amalan ini bakal menjadi syafaat di hari akhirat selain diangkat martabat golongan yang membacanya, InsyaAllah.


#MalaysiaMADANI



No comments: