YAAAA... AMPUSALLAM...


Che Ibrahim


Jenis keng besi, padahal dia sendiri pun tak rajin sebut kafir ke orang kafir.... Koho guna panggilan manja/mesra ada la.... Mek, uncle, brother, kawan, tauke, boss.....


Dr Maza


 Jika terdapat  seseorang yang mengaku muslim menyatakan dia mengharamkan perkataan 'kafir' di rumahnya, tertanya kita 'apakah ini bererti dia telah mengharamkan al-Quran dan al-Sunnah dalam rumahnya? Atau apakah dia menapis ayat-ayat yang sesuai dengan hawa dirinya sahaja dalam rumahnya?! Atau, dia sudah tidak percaya al-Quran dan al-Sunnah berfungsi dalam kehidupannya? Atau dia ingin mengubah ayat-ayat ALLAH dan hadis-hadis Nabi s.a.w dengan satu edisi baharu bikinannya?


Apapun, itu semua merupakan gambaran akidah yang parah yang sedang membarah dalam masyarakat kita. Semoga Allah memelihara diri dan generasi kita daripada keingkaran terhadap kitabNYA dan sunnah RasulNYA.


Tidak memanggil orang kafir sebagai 'kafir' itu soal kaedah interaksi, namun mengharamkan perkataan 'kafir' bererti mengharamkan al-Quran dan al-Sunnah.



No comments: