MESYUARAT MAJLIS EKONOMI WILAYAH TIMUR

 




Pagi ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Bilangan 1 Tahun 2024 seraya dihadiri oleh Menteri Besar - Menteri Besar yang menganggotai Majlis ini.


Sehingga Mac 2024, ECERDC telah merealisasikan pelaburan berjumlah RM41.4 bilion iaitu 84% daripada sasaran RM49 bilion di bawah Pelan Induk ECER 2.0 (EMP 2.0). Pelaburan ini telah mewujudkan 68,000 peluang pekerjaan dan 23,000 peluang keusahawanan di ECER. 


Dalam tempoh yang sama, ECERDC juga berjaya mencapai RM55.2 bilion pelaburan komited, iaitu 79% daripada sasaran RM70 bilion di bawah EMP 2.0. 


Saya tegaskan bahawa Pihak Berkuasa Koridor Ekonomi mainkan peranan penting dalam fasilitasi pelaburan bersama-sama MIDA. 


Tatakelola perancangan dan keberhasilan projek-projek melalui Pihak Berkuasa Koridor turut perlu diperhalusi dengan terperinci oleh Kementerian-kementerian berkaitan sebelum diluluskan. 


Justeru, mesyuarat kali ini telah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) untuk meneliti dan memutuskan semua perkara-perkara operasi serta pelaksanaan bagi pembangunan ECER. 


Penubuhan Jawatankuasa EXCO ini akan membolehkan Majlis ECERDC lebih menumpukan kepada perkara-perkara strategi dan dasar dalam pembangunan sosioekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur.


#MalaysiaMADANI



No comments: