BANTUAN DARI PM.

 






Setiausaha Politik, saudara Farhan Fauzi telah mewakili saya semalam dalam sesi ziarah ke atas Puan Che Gayah, isteri Allahyarham Hj Fuad Yaacob yang meninggal dunia pada 23 Mac lalu. 


Allahyarham Hj Fuad merupakan Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) yang aktif memperjuangkan hak pesawah tanpa mengira latar belakang. 


Semasa hayatnya, Allahyarham lantang dan tegas menyuarakan setiap permasalahan yang dihadapi pesawah.


Saudara Farhan turut menyerahkan sumbangan bagi pihak saya kepada isteri Allahyarham.


Saya mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.


#MalaysiaMADANI



No comments: