BERBEZA FAHAMAN POLITIK ITU BETUL. TAPI DI SEBALIKNYA TETAP DI MAKI HAMUN.









 Alhamdulillah, hari ini dapat berbuka puasa bersama warga Felda Chuping di Majlis Berbuka Puasa MADANI di pekarangan Masjid Nurul Huda. Turut hadir Menteri Besar Perlis.


Ketika berucap, saya nyatakan keterbukaan untuk terus berbincang dan membantu Kerajaan Perlis meskipun negeri ini dinakhodai pimpinan daripada parti berbeza. Ini kerana utamanya bukan soal sepak terajang politik, tetapi membela nasib rakyat dan mengangkat martabat negeri dan negara.


Atas kekangan hasil yang terhad, Perlis perlu bergantung pada Kerajaan Persekutuan. Saya tiada masalah untuk bekerjasama selagi mana pimpinan negeri ini berpegang teguh pada prinsip menentang rasuah dan amalan menggunakan kuasa untuk mengaut kekayaan diri dan keluarga.


Saya turut singgung soal kos sara hidup rakyat yang meningkat. Sejak awal pentadbiran, Kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif, termasuk membanteras kartel-kartel bagi memastikan harga barangan asas seperti minyak masak, ayam dan telur lebih rendah ketimbang dua tahun lalu.


Terkait soal penyasaran subsidi minyak dan diesel, saya tegaskan bahawa penjimatan daripada inisiatif ini akan disalurkan semula kepada kira-kira 80 peratus rakyat yang berhak mendapat bantuan berbanding membiarkan golongan mahakaya dan hampir empat juta warga asing menghirup subsidi ini. 


Kerajaan MADANI maklum dengan isu-isu mendesak sama ada di peringkat negeri mahupun rakyat. Namun pada masa sama kita juga mewarisi beban hutang dan liabiliti kerajaan berjumlah RM1.5 trilion yang juga perlu dibereskan.


Kita perlu faham bahawa tidak semua masalah ini dapat diselesaikan dalam tempoh setahun, namun percayalah bahawa saya sedang berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi rakyat.


#MalaysiaMADANI



No comments: