[viral] 3 PERTUDUHAN TERIMA WANG HARAM! KEKAL DAN AKAN DIBICARAKAN!



Tiga lagi pertuduhan dihadapi bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) masih kekal, kata Peguam Negara Idrus Harun.
Idrus, dalam kenyataan hari ini berkata kes itu akan disebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Sept ini. Bagi pertuduhan di bawah AMLATFPUAA, presiden Bersatu itu berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Feb 2021 dan 16 Julai 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022.





No comments: