FITNAH KEPADA KERAJAAN DAN SERANGAN KEPADA UMNO

 

Nakal permainan media…

NORMAN RADZUAN


Pagi semalam saya ada bercerita mengenai media…saya bertanya jika media tidak mahu bersama kita apa yg boleh kita lakukan?

Mendakwa pemimpin PKR dan pemimpin DAP yg enggan dinamakan meminta Zahid meletakkan adalah perang saraf utk memberi tekanan kpd kerajaan Perpaduan.

Jika unit berita RTM la katakan… membuat naratif yg sama beberapa pemimpin PAS dan Bersatu yg enggan dinamakan, mahukan Muhyiddin meletakkan jawatan kerana Bersatu gagal menguasai mana2 negeri di Malaysia bagaimana?

Berita ini sekadar melahirkan persepsi. Teringat waktu kerja di media, bila tiada bahan mulalah gunakan menurut sumber dan tidak mahu dinamakan.

Bagi mereka yg lurus akan berkata, ‘lihat bukan sahaja kita (UMNO) tetapi DAP dan PKR pun minta Zahid berundur.’ Sdgkan pangkah BN masuk neraka inikan pula hanya sekadar tidak mahu dinamakan.

Ramai ‘walaun’ memberi komen mereka perlukan Zahid utk dijadikan liabiliti kpd Kerajaan Perpaduan. Jadi Zahid tidak perlu diminta melepaskan jawatan Presiden. Itu kata walaun sb mereka bersedia utk menunggu PRU16 tetapi tidak kpd mana2 pemimpin PN terutamanya dari Bersatu.

Jika habis satu penggal bermakna Muhyiddin yg mempunyai beberapa kes lagi di mahkamah jika didapati bersalah akan ke dlm penjara. Begitu juga pemimpin2 Bersatu yg lain.

Mood pengundi Melayu kini menyebelahi mereka. Rhythm ini mesti diteruskan dgn kadar segera jika tidak nasib mereka akn jadi seperti UMNO. Momentum PRN Melaka dan Johor tidak disambut oleh Ismail Sabri dan akhirnya mood pengundi beralih ke PH dan PN.

Persolannya kenapa UMNO? Kunci ‘tebuk atap 2’ ada pada UMNO dan Zahid. Gugur Zahid maka mudah mereka mengatur strategi baru walaupun Tok Mat belum tentu menerima tawaran PN.

Muhyiddin tidak mahu tunggu 2027. Semakin lama kuasa diberi kpd Anwar bahaya temberang PN diketahui rakyat. Mereka tahu pastinya PH dan BN akn mulakan strategi baru yg lebih agresif.

Pelik suara yg meminta Zahid berundur bukan dari pemimpin tertinggi UMNO tetapi dari Muhyiddin yg partinya sendiri gagal.

Begitu juga hanya mantan2 UMNO sahaja yg berteriak mahukan Zahid berundur utk mereka comeback di dlm parti tersebut.

Tanya saya buat pemimpin2 kerajaan jalan terus… biar mereka bising sb PRU hanya akn berlaku 2027 dan pemilihan UMNO hanya akn berlaku 3 tahun lagi. Biarlah mereka provok saban hari… kita terus bekerja sambil memasang strategi.