KERAJAAN PERPADUAN LULUS REFERENDUM 12 OGOS



 Perikatan Nasional (PN) mendesak Pengerusi Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Zahid Hamidi meletak jawatan berikutan kononnya referendum rakyat semalam yang memihak kepada mereka di 3 negeri.

Referendum adalah suatu bentuk undian yang melibatkan seluruh negara bagi menentukan keputusan besar bakal diambil kerajaan, dan hanya mengandungi dua pilihan ‘ya’ atau ‘tidak’.

Sekiranya Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos dianggap referendum maka perkara yang perlu dihitungkan adalah jumlah undi popular keseluruhan yang diterima oleh gabungan PH – BN dan PN.

Kerajaan Perpaduan semalam menerima 3,399,472 undi bagi 6 negeri.

Manakala undi diterima PN pula 3,382,466 undi.

Oleh itu jelas PH – BN mendapat lebih 17,006 undi majoriti berbanding PN.

Tegas, secara total rakyat menolak pemerintahan PN di peti pungutan suara.



No comments: