PMX DI KUBANG PASU











Berkesempatan untuk bertemu masyarakat Kubang Pasu sebelum pulang ke Putrajaya petang tadi.


Saya juga dapat melawat tapak projek Masjid Changlun yang baharu. Saya mengharapkan  ia dapat disiapkan segera bagi memberi manfaat kepada kariah setempat.


Dalam ucapan saya turut tekankan bahawa Kerajaan Perpaduan akan memberikan keutamaan terhadap usaha menaik taraf klinik kesihatan serta sekolah daif di seluruh negara dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan dan kesihatan negara.


Juga sempat menyentuh soal khazanah keilmuan Islam di mana saya sarankan supaya kitab-kitab lama dijadikan sumber rujukan dalam kehidupan terutama berkaitan adab dan perbezaan pendapat dalam Islam.


Pemahaman mendalam tentang keilmuan Islam diyakini dapat menyelamatkan kekeliruan dan akidah umat Islam terutama dalam kalangan generasi baharu.


#MalaysiaMADANI



No comments: