ANWAR DI UUM











 Bersama anak-anak muda dalam program Temu Anwar di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.


Ruangan ini saya gunakan untuk perjelas agenda Kerajaan Perpaduan serta menjawab pelbagai soalan daripada mahasiswa.


Saya mengingatkan anak-anak muda untuk gilap idealisme serta punyai minda yang kritis dan terbuka dalam menyikapi pelbagai permasalahan dalam negara, selain mengelak diri dari mengacung naratif-naratif yang menajamkan faham perkauman.  


Saya menyarankan golongan muda untuk memangkin budaya politik yang baharu untuk Malaysia yang lebih madani dan berketrampilan. 


Saya juga seringkali menerima aduan daripada anak-anak mahasiswa terkait masalah internet di institut pengajian mereka dan perkara tersebut telah saya minta Menteri Komunikasi dan Digital, saudara Fahmi untuk beri keutamaan supaya tahap kesalinghubungan di kampus bertambah baik.


Juga dibangkitkan sewaktu sesi soal jawab adalah mengenai sistem kuota Melayu dan Bumiputera dalam pendidikan yang perlu dikekalkan bagi mengimbangi jumlah pelajar kaum itu di institusi pengajian tinggi (IPT).


Bagaimanapun suatu pendekatan baharu bagi menjamin peluang pelajar bukan Bumiputera yang cemerlang mendapat peluang ke bidang kritikal seperti perubatan perlu dilaksanakan bagi mengelak negara terus kehilangan bakat.


#MalaysiaMADANI #TemuAnwar #Kedah


No comments: