‘Proklamasi Melayu’ oleh Mahathir memandang rendah akal budi orang Melayu PART 2

 



Ia menunjukkan bagaimana hala tuju berpolitik orang Melayu telah terpesong

Tujuan sebenar: melemahkan ‘kerajaan perpaduan’ Anwar yang berbilang kaum

Proklamasi Melayu yang munafik itu tidak lain hanyalah saduran lagu basi.

Ini adalah kisah klasik pencuri yang berteriak, “Tangkap pencuri itu!”

Dialah kononnya ‘satria hitam’ yang dihidupkan semula untuk “menyelamatkan orang Melayu”.

Niat sebenarnya adalah untuk melemahkan “kerajaan perpaduan” berbilang kaum Anwar. Dan dia nampaknya ketagih untuk menumbang perdana menteri yang sedang berkuasa!

Untuk tujuan ini, Mahathir telah menjumpai seorang ahli politik sebagai sekutunya yang juga cukup mementingkan diri sendiri, Hadi Awang.

Di bawah Hadi, Pas telah mengambil sikap perkauman yang kuat, menenggelamkan nilai Islam bukan perkauman, aman dan sejagat yang dianjurkan oleh Nik Aziz Nik Mat dan pendahulunya.

Cita-cita Hadi yang membara di zaman senjanya sekarang ialah untuk merampas kuasa dengan memutarbelitkan, jika perlu, ajaran agama yang sebenar.

READ MORE:  Who ordered Operation Lalang - the police or Mahathir? Who stood to gain or lose the most?

 

Kedua-dua Mahathir dan Hadi, musuh ketat yang telah lama bermusuh, kini menjadi rakan kongsi yang aneh dalam usaha mereka untuk berkuasa.

Terdesak untuk mencapai cita-cita peribadi, dua orang tua yang perengus ini tidak akan berhenti bermain api secara melulu.

Membebankan kesalahan kepada orang lain tidak membawa apa-apa untuk memperbaiki nasib orang Melayu

Hati saya sedih kepada rakan-rakan senegara saya yang pemimpin mereka berdendang bahawa kemunduran mereka adalah hanya disebabkan oleh kehadiran etnik Cina dan India yang menghalang peluang mereka.

Membebankan kesalahan kepada kumpulan etnik lain tidak akan membawa apa-apa untuk memperbaiki nasib orang Melayu!

Untuk berkembang maju sebagai individu dan sebagai masyarakat, kita perlu menerima kepelbagaian.

Tiada orang patut terasing; kita berkembang maju dengan kesalinghubungan.

Semua rakyat Malaysia, sememangnya semua manusia, ingin hidup aman dan harmoni.

Kenyataan retorik perkauman Mahathir dan Hadi menyemai benih perpecahan dan permusuhan dan membuang masa dalam usaha kita bekerja ke arah sesuatu yang baik.

Salah tanggap perlu diperbetulkan

Masyarakat Melayu barangkali mempunyai tanggapan bahawa proklamasi itu telah diambil dan dipercayai bulat-bulat.

Kebimbangan ini dicerminkan dalam pilihan raya umum November lalu dan mungkin akan mempengaruhi pilihan raya negeri akan datang.

Walaupun ia sebuah salah tanggap, segala keraguan, kebimbangan dan prasangka ini akan berterusan, dan oleh itu ia perlu ditangani oleh kerajaan perpaduan dengan keputusan yang konkrit.

“Malaysia Madani” yang diterima secara meluas namun hanya secara konsep sahaja tidak mencukupi. Sebagai permulaan, kerajaan Anwar mesti menjalankan kajian tentang keadaan rakyat kita dari semua masyarakat, khususnya keadaan masyarakat Melayu, sejak pelaksanaan DEB.

Penilaian yang jujur ​​akan membawa kepada penyelesaian yang lebih berkekalan dan stabil.

READ MORE:  Hadi, what's wrong with the 'Malaysia Madani' concept?

 

Dorongan besar pada skala nasional sangat diperlukan bagi membina Malaysia Madani. – sinchew.com.my

Charles Chia merupakan anggota jawatankuasa Monsoons Malaysia

Terjemahan oleh: Zikri Rahman