Mahathir dah kalah, hilang deposit di Langkawi - Anwar


Kenyataan Dr Mahathir Mohamad bahawa tindakan kerajaan untuk mempromosikan Malaysia sebagai negara berbilang kaum adalah melanggar perlembagaan merupakan cubaan terdesak terakhirnya untuk kelihatan relevan dalam politik masa kini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Bekas perdana menteri itu, tegas Anwar telah kehilangan pengaruhnya selepas pilihan raya umum ke-15, apa lagi selepas dia mengalami kekalahan besar di kerusi Langkawi. Anwar menjawab soalan bekas presiden Badan Peguam Malaysia, Christopher Leong, yang menjadi moderator sesi itu, sekiranya ada kesan daripada komen Mahathir itu.


No comments: