KISAH NYATA. TAPI KALAU GB ATAU PENGETUA RAJIN KE PEJABAT YB ...KEMUNGKINAN DAPAT. JANGAN DAPAT GB PENGETUA KEDEKUT DAN TAK PANDAI CARI DUIT MEMANG TAK DAK LA.

 

Asyraf Jeffry.



Semalam Cik Isteri cerita, dia kutip derma untuk infrastruktur Sekolah anak. Minta RM5 sahaja dari setiap ibu bapa dari enam buah kelas. Hanya 10 orang yang menderma. Bayangkan, dari 180 ibu bapa yang ada, hanya 10 orang sahaja.

.


Sedih. Tapi inilah realiti.

.


Bila influencer minta sedeqah, semua berebut nak menderma. Tapi bila PIBG minta duit untuk kepentingan anak-anak, tidak ramai yang turut serta.

.


Kawan saya cerita, Cikgu di sebuah Sekolah di hulu Perak. Nak hantar pasukan untuk bertanding Bola Sepak dan Bola Baling tapi tiada duit. Kemudian ada orang derma RM500. Alhamdulillah, mereka dapat hantar tim bertanding dan dapat masuk ke Semi Final.

.


Jangan salah atau pertikai kenapa Cikgu tidak guna duit sendiri. Mereka pun ada keluarga, ada tanggungan. Bukan tanggungjawab mereka untuk bayar tim Sekolah. Bahkan, ramai Cikgu yang akan keluarkan duit untuk entertain pelajar bila mereka menang sebagai hadiah.

.


Jadi, alirkan-lah derma atau duit kepada pihak Sekolah. Bukan kepada Influencer, bahkan bukan juga pada Masjid. Mungkin anda tidak bersetuju dengan saya tentang hal ini,tapi saya berpendapat Masjid-Masjid di Malaysia banyak yang ’kaya’ berbanding Sekolah-Sekolah.

.


Saya tidak nafikan yang Sekolah-Sekolah dapat peruntukan dari Kerajaan tetapi percayalah yang peruntukan itu tidak cukup. Sekejap kena baiki kipas, sekejap kena baiki pejabat. Bahkan ramai Cikgu yang terpaksa beli kertas A4, printer, projector dengan duit sendiri.

.


Semoga Allah memberi kebaikan untuk kita semua.



No comments: