KEADILAN Kemaman, UMNO jayakan jamuan rakyat





 Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu semakin terasa apabila pelbagai program diatur sebaik sahaja pembubaran DUN dilakukan secara rasmi pada akhir Jun lalu.


Terbaharu, menurut Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, pihak UMNO bahagian mengadakan jamuan rakyat bertempat di Pantai Teluk Mak Nik, Geliga, dan KEADILAN dijemput turut serta.


"Program ini dimulai dengan konvoi bermotorsikal daripada Kampung Batu 2 dan berakhir di Pantai Teluk Mak Nik. Seterusnya pelbagai acara menarik termasuk acara mewarna bagi kanak-kanak dan juga cabutan bertuah diadakan


"KEADILAN Kemaman selaku rakan komponen di dalam Kerajaan Perpaduan dijemput sebagai tetamu oleh pihak UMNO Kemaman.


"Pihak KEADILAN Kemaman diwakili oleh Ketua Cabang, Nazri Yusof dan juga pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Cabang KEADILAN Kemaman, Syahmi Jusoh," katanya.


Tambah Ahmad Nadhir, program tersebut telah dirasmikan oleh YBM Tengku Razaliegh Hamzah selaku penasihat UMNO Malaysia


Antara tokoh yang ditampilkan ketika sesi ceramah, katanya, adalah saudara Wan Mahussin, seorang pempengaruh yang semakin mendapat nama asal Kelantan.


"KEADILAN Kemaman sentiasa menyokong gerak kerja bersama UMNO dan Barisan Nasional di bawah panji Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi PRN di Terengganu kali ini," katanya lagi.

No comments: