Ia menunjukkan bagaimana hala tuju berpolitik orang Melayu telah terpesong
Tujuan
sebenar: melemahkan ‘kerajaan perpaduan’ Anwar yang berbilang kaum
Proklamasi
Melayu yang munafik itu tidak lain hanyalah saduran lagu basi.
Ini
adalah kisah klasik pencuri yang berteriak, “Tangkap pencuri itu!”
Dialah
kononnya ‘satria hitam’ yang dihidupkan semula untuk “menyelamatkan orang
Melayu”.
Niat
sebenarnya adalah untuk melemahkan “kerajaan perpaduan” berbilang kaum Anwar.
Dan dia nampaknya ketagih untuk menumbang perdana menteri yang sedang berkuasa!
Untuk
tujuan ini, Mahathir telah menjumpai seorang ahli politik sebagai sekutunya
yang juga cukup mementingkan diri sendiri, Hadi Awang.
Di
bawah Hadi, Pas telah mengambil sikap perkauman yang kuat, menenggelamkan nilai
Islam bukan perkauman, aman dan sejagat yang dianjurkan oleh Nik Aziz Nik Mat
dan pendahulunya.
Cita-cita
Hadi yang membara di zaman senjanya sekarang ialah untuk merampas kuasa dengan
memutarbelitkan, jika perlu, ajaran agama yang sebenar.
Kedua-dua
Mahathir dan Hadi, musuh ketat yang telah lama bermusuh, kini menjadi rakan
kongsi yang aneh dalam usaha mereka untuk berkuasa.
Terdesak
untuk mencapai cita-cita peribadi, dua orang tua yang perengus ini tidak akan
berhenti bermain api secara melulu.
Membebankan kesalahan kepada orang lain tidak membawa
apa-apa untuk memperbaiki nasib orang Melayu
Hati
saya sedih kepada rakan-rakan senegara saya yang pemimpin mereka berdendang
bahawa kemunduran mereka adalah hanya disebabkan oleh kehadiran etnik Cina dan
India yang menghalang peluang mereka.
Membebankan
kesalahan kepada kumpulan etnik lain tidak akan membawa apa-apa untuk
memperbaiki nasib orang Melayu!
Untuk
berkembang maju sebagai individu dan sebagai masyarakat, kita perlu menerima
kepelbagaian.
Tiada
orang patut terasing; kita berkembang maju dengan kesalinghubungan.
Semua
rakyat Malaysia, sememangnya semua manusia, ingin hidup aman dan harmoni.
Kenyataan
retorik perkauman Mahathir dan Hadi menyemai benih perpecahan dan permusuhan
dan membuang masa dalam usaha kita bekerja ke arah sesuatu yang baik.
Salah tanggap perlu diperbetulkan
Masyarakat
Melayu barangkali mempunyai tanggapan bahawa proklamasi itu telah diambil dan
dipercayai bulat-bulat.
Kebimbangan
ini dicerminkan dalam pilihan raya umum November lalu dan mungkin akan
mempengaruhi pilihan raya negeri akan datang.
Walaupun
ia sebuah salah tanggap, segala keraguan, kebimbangan dan prasangka ini akan
berterusan, dan oleh itu ia perlu ditangani oleh kerajaan perpaduan dengan
keputusan yang konkrit.
“Malaysia
Madani” yang diterima secara meluas namun hanya secara konsep sahaja tidak
mencukupi. Sebagai permulaan, kerajaan Anwar mesti menjalankan kajian tentang
keadaan rakyat kita dari semua masyarakat, khususnya keadaan masyarakat Melayu,
sejak pelaksanaan DEB.
Penilaian
yang jujur akan membawa kepada penyelesaian yang lebih berkekalan dan stabil.
READ MORE: Hadi, what's wrong
with the 'Malaysia Madani' concept?
Dorongan
besar pada skala nasional sangat diperlukan bagi membina Malaysia Madani. –
sinchew.com.my
Charles Chia merupakan anggota
jawatankuasa Monsoons Malaysia
Terjemahan oleh: Zikri Rahman