‘Proklamasi Melayu’ oleh Mahathir memandang rendah akal budi orang Melayu PART 1



Ia menunjukkan bagaimana hala tuju berpolitik orang Melayu telah terpesong

10 Jul 2023

 

Oleh Charles Chia

Apabila Dr Mahathir Mohamad melancarkan “Proklamasi Orang Melayu” pada Mac 2023, saya meraba-raba mata untuk menyemak jika saya benar-benar memakai cermin mata saya!

Proklamasi itu membawa saya ke tahun 1940-an atau 1950-an atau 1960-an, apabila orang Melayu yang tidak berpuas hati menekan kerajaan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman, untuk memperbaiki kedudukan sosioekonomi mereka.

Mahathir sudah pun ada ketika itu sebagai salah seorang ‘young Turks’ Umno yang paling lantang.

Umno mencapai matlamatnya: Tunku meletakkan jawatan berikutan rusuhan ‘perkauman’ di seluruh negara dan Dasar Ekonomi Baru kemudian dimulakan.

Mahathir bukan sahaja mencapai kemuncak kuasa, beliau kekal di tampuk kekuasaan selama 22 tahun.

Jika ada sesiapa yang berpeluang untuk melaksanakan DEB, orangnya pastilah Mahathir sendiri selaku Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Lima puluh tahun ke depan, realiti yang sukar diterima adalah kemiskinan terus melanda bukan sahaja etnik Melayu, tetapi rakyat Malaysia daripada semua kumpulan etnik.

‘Melayu hilang kuasa kerana berpecah belah’

Proklamasi Melayu menyatakan orang Melayu hilang kuasa kerana berpecah belah.

Pertimbangkan fakta ini:

Siapa pada tahun 1987 yang berlawan dengan Tengku Razaleigh Hamzah, seteru utama partinya, dan menyebabkan Umno berpecah kepada Umno Baru dan Semangat 46?

Mahathir!

Siapakah pada 1998 yang memecat dan memenjarakan timbalan PM ketika itu, Anwar Ibrahim, menyebabkan penubuhan Parti Keadilan Rakyat, seterusnya melemahkan Umno?

Mahathir!

Siapakah pada 2009 yang melakukan rampasan dalam Umno untuk memecat Abdullah Badawi, pengganti pilihannya sebagai PM, kerana dikatakan Abdullah telah menghentikan beberapa projek lukratif bekas bosnya itu yang dilancarkan sebelum bosnya bersara?

Mahathir!

Siapa pada 2018 meninggalkan Umno, menubuhkan Bersatu, dan bergabung dengan pembangkang utama Pakatan Harapan untuk menumbangkan Umno dan berjaya?

READ MORE:  It is a travesty to selectively interpret Federal Constitution: Time to enact national harmony bills

 

Mahathir!

Siapakah pada tahun 2020, sebagai PM buat kali kedua, bersekongkol dengan ahli parlimen Melayu dari semua parti, merekayasa perpecahan gabungan pemerintah, yang mengakibatkan keruntuhan kerajaan – semuanya hanya untuk menghalang Anwar daripada menjadi PM seperti yang telah dijanjikan ?

Mahathir!

Jika Umno adalah ikon perpaduan Melayu, maka siapakah yang menjadi punca kepada keruntuhan Umno? Beritahu saya!

Mahathir akan memenangi gelaran ahli politik Malaysia yang paling banyak membentuk parti politik!

‘Pemimpin Melayu hanya kisah kekayaan sendiri’

Hubungan politik membuka pintu untuk membolot harta karun di bawah pemerintahan lama Mahathir.

Mabuk selepas mengecap kekayaan dan kuasa yang baru, para pemimpin Melayu telah melupakan hasrat asal mereka untuk mengangkat kumpulan etnik secara keseluruhannya keluar dari kesusahan.

Mahathir benar dalam hal ini – hala tuju berpolitik orang Melayu telah menyimpang.