JANGAN SOMBONG SANGAT. KOT NAK MINTA BAYAR GAJI TAK BOLEH KOT


 

WOIII- ABAHCOW YANG LANTIK LA....

 


Eh bukan abah kau ke yang lantik dulu? Sekarang ni nak suruh letak jawatan pulak? Dulu abah kau lantik tu tak berkelayakan la ek? Maknanya tak bijak mana la abah kau tu? Guane boh?

Raja Gelap







TAHNIAH PROF MOHAMAD

 

Alhamdulillah Tahniah Prof Mohamad



Anak Jati Kepala Batas Kita. Merantau cari cabaran di Batu Maung akhirnya menang seterusnya harini diberi Amanah menjadi TKM1 Negeri Pulau Mutiara.

InShaaAllah, pengalaman luas dalam bidang pendidikan dan agama. Moga dapat mengawal gelombang ekstrem.

#PenangDahElok

#KepalaBatasKita

 

FITNAH KEPADA KERAJAAN DAN SERANGAN KEPADA UMNO

 

Nakal permainan media…

NORMAN RADZUAN


Pagi semalam saya ada bercerita mengenai media…saya bertanya jika media tidak mahu bersama kita apa yg boleh kita lakukan?

Mendakwa pemimpin PKR dan pemimpin DAP yg enggan dinamakan meminta Zahid meletakkan adalah perang saraf utk memberi tekanan kpd kerajaan Perpaduan.

Jika unit berita RTM la katakan… membuat naratif yg sama beberapa pemimpin PAS dan Bersatu yg enggan dinamakan, mahukan Muhyiddin meletakkan jawatan kerana Bersatu gagal menguasai mana2 negeri di Malaysia bagaimana?

Berita ini sekadar melahirkan persepsi. Teringat waktu kerja di media, bila tiada bahan mulalah gunakan menurut sumber dan tidak mahu dinamakan.

Bagi mereka yg lurus akan berkata, ‘lihat bukan sahaja kita (UMNO) tetapi DAP dan PKR pun minta Zahid berundur.’ Sdgkan pangkah BN masuk neraka inikan pula hanya sekadar tidak mahu dinamakan.

Ramai ‘walaun’ memberi komen mereka perlukan Zahid utk dijadikan liabiliti kpd Kerajaan Perpaduan. Jadi Zahid tidak perlu diminta melepaskan jawatan Presiden. Itu kata walaun sb mereka bersedia utk menunggu PRU16 tetapi tidak kpd mana2 pemimpin PN terutamanya dari Bersatu.

Jika habis satu penggal bermakna Muhyiddin yg mempunyai beberapa kes lagi di mahkamah jika didapati bersalah akan ke dlm penjara. Begitu juga pemimpin2 Bersatu yg lain.

Mood pengundi Melayu kini menyebelahi mereka. Rhythm ini mesti diteruskan dgn kadar segera jika tidak nasib mereka akn jadi seperti UMNO. Momentum PRN Melaka dan Johor tidak disambut oleh Ismail Sabri dan akhirnya mood pengundi beralih ke PH dan PN.

Persolannya kenapa UMNO? Kunci ‘tebuk atap 2’ ada pada UMNO dan Zahid. Gugur Zahid maka mudah mereka mengatur strategi baru walaupun Tok Mat belum tentu menerima tawaran PN.

Muhyiddin tidak mahu tunggu 2027. Semakin lama kuasa diberi kpd Anwar bahaya temberang PN diketahui rakyat. Mereka tahu pastinya PH dan BN akn mulakan strategi baru yg lebih agresif.

Pelik suara yg meminta Zahid berundur bukan dari pemimpin tertinggi UMNO tetapi dari Muhyiddin yg partinya sendiri gagal.

Begitu juga hanya mantan2 UMNO sahaja yg berteriak mahukan Zahid berundur utk mereka comeback di dlm parti tersebut.

Tanya saya buat pemimpin2 kerajaan jalan terus… biar mereka bising sb PRU hanya akn berlaku 2027 dan pemilihan UMNO hanya akn berlaku 3 tahun lagi. Biarlah mereka provok saban hari… kita terus bekerja sambil memasang strategi.

 

Penting pasukan pemantau media sosial elak rakyat termakan fitnah

 




Kerajaan perlu mempertimbangkan kewujudan satu pasukan khas pemantau media sosial supaya rakyat tidak 'mamai' termakan fitnah sebagaimana yang dialami pengundi di 6 negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.



Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar, pasukan tersebut perlu diwujudkan bagi menjawab semula kandungan di media sosial yang diputar belit oleh pembangkang.



Katanya, isu fitnah di TikTok misalnya bukan sahaja 'dibeli' oleh rakyat di kawasan kurang membangun malah di negeri seperti Selangor pun ramai percayakan fakta songsang memburuk burukkan Kerajaan yang ditadbir Kerajaan Perpaduan.



"Perlu ada satu pasukan pemantauan atau diwujudkan task force yang khusus bagi pemantauan media sosial ini, terutamanya TikTok.



"Sebabnya banyak yang kerajaan buat tidak dinyatakan dengan jelas (dikelirukan) di media sosial



"Peranan Kerajaan (Persekutuan) juga penting. Contoh (agensi) seperti JKOM, Jabatan Penerangan, harus ada penjelasan yang jelas melalui TikTok, kena ada timbal balik (counter naratif)



"Task force di Kementerian juga untuk memantau apa sahaja perkara (mengelirukan) atau penyebaran fitnah," katanya kepada Suara Keadilan.



Beliau berkata pengaruh buruk pempengaruh di TikTok dalam PRN lalu, misalnya telah memperdaya sesetengah pengundi di Selangor menolah Pakatan Harapan (PH) - BN, sedangkan Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai dasar yang baik serta bantuan untuk memperbaiki kehidupan rakyat.



Namun, ujar Halimey, isu nasional banyak dimainkan untuk meracun pemikiran pengundi menyentuh hal hal perkauman dan agama sempit.



"Kalau dari (isu) negeri Selangor saya rasa kurang dimainkan di media sosial, tetapi mungkin dari segi federal (banyak) dimainkan, fitnah.



"Dalam hal ini, pertama kementerian kena mainkan peranan dari segi komunikasi media dan pemantauan harus dilakukan.



"Kedua, kita sendiri yang dah tahu (fitnah) maka kena buat laporan. Kadang kadang laporan tak dibuat jadi tindakan lambat diambil," katanya lagi.



PH dan BN dalam pilihanraya lalu kehilangan hampir kesemua DUN hardcore Melayu yang beralih arah kepada pembangkang PN kesan daripada propaganda songsang di media sosial.

 


SEBAGAIMANA DIJANJI, AMIRUDIN SEPATUTNYA DIKEKAL TERAJUI SELANGOR

 

Menjelang majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang dijangka Jumaat ini, tiba-tiba sejak semalam berlegar khabar angin yang mengatakan Amirudin Shari belum pasti dikekalkan bagi jawatan tersebut.

Perkhabaran itu mengatakan, antara sebab Amirudin tidak dikekalkan ialah kerana PKR dan PH yang diterajuinya gagal menyumbang jumlah kerusi yang signifikan bagi mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Selangor.

Nama yang paling disebut untuk menggantikan Amirudin adalah Dr Fahmi Ngah, Adun baru Seri Setia yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya kali ini.

Disebut-sebut dalam banyak perbualan politik bahawa Dr Fahmi dikatakan dikehendaki oleh Anwar Ibrahim sendiri sebagai Menteri Besar.

Dalam hal ini, saya sama sekali tidak terperanjat dengan khabar angin mengenai Dr Fahmi itu.

Ini kerana, saya sudah mendengar sejak kira-kira lima bulan dulu lagi tentang nama beliau sebagai bakal Menteri Besar Selangor itu, malah saya telah bercakap dengan beberapa orang mengenainya.

Perkhabaran jtu muncul bila seorang pemimpin PKR Selangor ketika saya naik kereta dengannya untuk solat Jumaat, pada waktu itu lagi beliau sudah memberitahu saya tentang perkara tersebut.

Dr Fahmi yang merupakan Pengarah Institut Penyelidikan Selangor, sebuah badan pemikir untuk kerajaan negeri serta pernah berkhidmat dengan Anwar semasa Presiden PKR itu menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selamgor, dikatakan menjadi pilihan untuk ditonjolkan kerana bakat kepimpinan yang dimilikinya.

Soalnya, wajarkah Amirudin ditukar?

Memang menamakan calon Menteri Besar adalah hak kepimpinan mana-mana parti yang berjaya memenangi kerusi majoriti dan ini tidak terkecuali untuk negeri Selangor.

Tetapi, Amirudin tiada “dosa besar” yang menyebabkannya perlu dipancung serta merta, lagi pun kegagalan memperolehi majoriti dua pertiga bukan suatu isu sangat jika dilihat bagaimana ghairahnya seluruh pimpinan utama PN datang menggempur untuk menawan negeri tersebut.

Dengan serangan yang begitu hebat, berjaya memimpin untuk PH terus kekal dan tidak tumbang di Selangor sudah boleh dikira sebagai suatu kejayaan buat Amirudin.

Kegagalan memperolehi majoriti dua pertiga tidak harus dilihat sebagai kegagalan Amirudin seorang diri, sebaliknya mesti dianggap sebagai beban yang perlu dipikul secara bersama oleh semua kepimpinan parti untuk diperbaiki dan dilonjakkan lagi prestasi dalam pilihan raya yang seterusnya.

Sejak menerajui Selangor bermula 2018, Selangor boleh dikata aman, tenang dan tiada isu-isu besar yang melanda ketika di tangan Amirudin.

Selain itu, beliau juga disenangi oleh semua lapisan rakyat, daripada singgahsana istana hinggalah rakyat biasa di kampung serta desa.

Ditambah dengan kedudukan sebagai Naib Presiden PKR, keberadaannya di negeri terpenting dan termaju seperti Selangor ini amatlah sesuai sekali.

Pun begitu, jika Anwar tetap ingin meletakkan calon baru bagi mengisi kerusi Menteri Besar Selangor, proses itu sebaiknya dilakukan sekurang-kurangnya pada satu pertiga penggal yang ada sekarang.

Menukar Menteri Besar secara mendadak hanya mencetuskan polemik dan perbalahan yang tidak perlu dalam PKR.

Maknanya, sebagaimana dijanji Anwar sendiri dalam kempen PRN baru-baru ini untuk mengekalkan Amirudin, beliau mesti terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor buat ketika ini.

Setelah setahun atau setahun setengah beliau memegang jawatan itu, bersama di ketika yang sama Dr Fahmi diberi jawatan Exco terlebih dahulu untuk beliau memahami selok-belok pentadbiran dan bercampur dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan, ketika itu barulah proses peralihan itu nampak cantik untuk dilakukan.

Amirudin pula, sesuai dengan pengalaman dan kedudukannya sebagai Naib Presiden PKR, sewajarnya dibawa ke pusat untuk mengemudi mana-mana kementerian yang selama ini dilihat lemah dan kurang berfungsi.

Agak-agak kementerian mana yang paling sesuai untuk Amirudin? – ShahbudinHusin 16/08/2023.



[panas] PEGUAM NEGARA KOYAKKAN HAMZAH! PENDAKWAAN TERPILIH INI JAWAPAN P...


RAMAI PENYOKONG TEGAR ABAHCOW NI KATA MUHYIUDDIN DIBEBASKAN KERANA TIDAK BERSALAH!! NAMPAK SANGAT MEREKA NI BUTA DAN SENANG DITIPU OLEH PEMIMPIN MEREKA. * MUHYIDDIN BUKAN DIBEBASKAN KERANA TIDAK BERSALAH TETAPI KERANA ADA MASALAH TEKNIKAL DALAM PERTUDUHAN.

--------------- Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun berkata setiap keputusan untuk pendakwaan dibuat setelah meneliti dan menimbangkan dengan sepenuhnya semua keterangan yang ada dan dibentangkan oleh agensi-agensi penguat kuasa serta menurut undang-undang berkaitan. "Tidak terdapat sebarang campur tangan politik atau tekanan untuk memulakan apa-apa pendakwaan. Jabatan Peguam Negara sentiasa bertindak secara bebas dan profesional, mengikut tatacara yang telah ditetapkan dalam memulakan pertuduhan terhadap mana-mana individu," katanya dalam kenyataan.




[gempak] JANGAN SYOK DULU KATA LOKMAN!PAS JANJI BAGI RM300 TAPI TUNGGU D...



Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin masih berdepan dua lagi pertuduhan di mahkamah yang belum selesai. Pengarah Komunikasi Umno, Datuk Lokman Noor Adam mengingatkan agar Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu tidak bergembira terlalu awal biarpun terlepas dari empat pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM232.5 juta. Beliau menyifatkan “nasib Mahiaddin baik” kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mencampuri badan urusan kehakiman seperti yang dilakukan Ahli Parlimen Pagoh itu ketika berkuasa dahulu. “Din, jangan syok sangat hang lepas 4 pertuduhan. Nasib kamu baik sebab PMX tak campur urusan badan kehakiman macam apa yang kamu dan Mahathir lakukan bila ada kuasa. “Tapi jangan lupa ada dua kes belum selesai dan banyak lagi yang belum dituduh termasuk kes menantu kamu. “So jangan berkepak sangatlah. Pada yang tak mengikuti, Midin (Mahiaddin) ada enam kes mahkamah. “Empat kes salah guna kuasa (yang ni dia menang di Mahkamah Tinggi, tapi pendakwa raya boleh buat rayuan). Tapi dia ada dua kes rasuah RM195juta (kes ini masih berjalan ya),” ciap Lokman di laman X.


JANGAN DOK RAJIN SANGAT BUAT FITNAH DAN HASUT BENDA YANG TAK JADI. KENA TANGKAP KOT.


 

MAHIAADIN KENCING UMNO....SEBAB TU....


 

RESPON WARKAH. GURU HASUT PELAJAR. DARI PENGARAH SAMPAI JPN,PPD DAN GURU.


Isu 1 : Pemimpin Parti pegang jawatan di KPM, JPN dan PPD


- Saya mohon mana-mana pihak yang terima butiran dan lampiran sebagai dokumen sokongan, boleh kongsikan di link berikut : https://fadhlinasidek.com/kami-pro-mendengar/


Isu 2 - Isu tidak turun padang menjelaskan dasar-dasar kerajaan


- Terdapat dua program utama yang melibatkan struktur di peringkat pusat, negeri dan daerah : Jerayawara Pendidikan Madani & Mini Karnival Pendidikan 


Isu 3 - Penglibatan Guru dalam Kempen dan Sosial Media


- Mana- mana guru yang dikenalpasti menggunakan waktu P&P boleh dikenakan tindakan tatatertib. Orang awam dan ibu bapa boleh majukan aduan dan tidak ada kebenaran khas untuk penjawat awam yang menggunakan waktu bertugas untuk berkempen.


Isu 4 - Tidak membenarkan program tingakatan  6


- Fakta : KPM telah menganjurkan Program Pembinaan Karakter Insan di beberapa buah negeri yang melibatkan partisipasi pelajar tingkatan 6.


- KPM tiada halangan untuk mana-mana program yang memberikan manfaat kepada murid-murid, namun tertakluk kepada garis panduan pelaksanaan program demi keselamatan dan kebajikan murid.


Isu 5 - Projek di sekolah sebagai dana pilihan raya


- Proses untuk mana-mana perolehan masih lagi tertakluk kepada sistem pengurusan tender. Jika terdapat sebarang aduan dan maklumbalas berkenaan isu penyalahgunaan dana bagi tujuan politik, boleh ajukan salah laku ke : https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=100


Isu 6 - Isu Fahaman ekstrem dan pendekatan PPD & JPN


- KPM sentiasa menerapkan nilai-nilai karamah insaniah di dalam premis pendidikan. Mana-mana guru dan pensyarah di bawah perjawatan KPM juga akan dikenakan tindakan jika melanggar peraturan yang ditetapkan.


Isu 7 - Jawatan kepada Pro Kerajaan


- Mana-mana individu atau pegawai yang berminat untuk memenuhi kekosongan boleh melakukan yang sedemikian seperti yang dilampirkan dalam perkhidmatan sumber manusia. https://www.moe.gov.my/soalan-lazim-menu/soalan-lazim-perkhidmatan/perkhidmatan-sumber-manusia


Isu 8 - Menteri Pendidikan dan Pegawai Atasan KPM


- Semua penjawat awam sentiasa diingatkan untuk mampu menggalas agenda Government of The Day bagi memastikan pelaksanaan dan perencanaan agenda pendidikan mampu mengikut landasan yang digariskan. 


Isu 9 - Guru-Guru ditindas oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Daerah dan Negeri


- Komitmen dalam memastikan Teras Pertama : Komunikasi boleh diperbaiki dan ditambah baik adalah satu tekad dalam perkhidmatan KPM. Justeru, saya sediakan laluan aduan khusus melalui web saya agar setiap individu dapat membuat aduan tanpa khuatir mereka akan dikenakan tindakan. 


URL : Kami Pro Mendengar https://fadhlinasidek.com/kami-pro-mendengar/


Isu 10 - Program Pengisian Guru dan Dasar Kerajaan Madani


- Institut Aminuddin Baki telahpun menganjurkan Program Seminar Membangunkan Malaysia Madani yang melibatkan semua pemegang taruh pendidikan. Namun, masih boleh ditambah baik di peringkat negeri dan daerah. 


Isu 11 - Tindakan tegas kepada guru yang melanggar peraturan


- Setiap aduan yang diajukan mengikut saluran SISSPA dan lain-lain telahpun diambil tindakan oleh unit integriti. Hinaan dan cacian yang menyentuh isu 3R juga akan disiasat oleh pihak berkuasa. 


Isu 12 - Lantikan pentadbir sekolah tidak mengikut saluran


- Mana- mana negeri yang menerima makluman dan butiran berkenaan isu berkenaan diminta tampil untuk memberikan butiran. Ibu bapa dan guru-guru sentiasa mahukan ketelusan dalam memposisikan pasukan pentadbiran di peringkat sekolah dan wajib mengikut kapasiti yang telah ditetapkan.


Isu 13 - Para guru yang tidak menyokong dan mengajak murid untuk tidak menyokong


- Guru-guru adalah barisan hadapan dalam membangun pendidikan manusiawi dan agenda Malaysia Madani. Jika terdapat mana-mana pihak yang dilihat membuat sabotaj dalaman dan indoktrinisasi yang tidak sihat, pentadbir diminta untuk ambil tindakan tuntas. PIBG juga mampu berperanan dalam menjadi jambatan info dan aduan oleh murid.


Isu 14 - Peranan Pejabat Menteri Pendidikan dalam mengangkat Agenda Malaysia Madani


- Kami ambil tanggungjawab penuh dan akan menggiatkan lagi aktiviti yang melibatkan semua pemegang taruh pendidikan demi memastikan agenda Malaysa Madani dapat dijayakan. Semua komentar dan saranan diraikan di segenap peringkat.


PMX BERTEMU PELABUR

 










Sebagai ikhtiar untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan mendukung visi yang terkandung dalam Ekonomi MADANI, saya telah bertemu dengan beberapa pelabur terkemuka bagi meneroka peluang pelaburan strategik merentas sektor ekonomi utama.


Kebijakan Ekonomi MADANI adalah sebuah kerangka wahana yang jelas dan komprehensif bagi memungkinkan sebuah tatanan ekonomi negara yang mampan dan terangkum sebagai usaha dan upaya Kerajaan dalam meningkatkan tahap kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. Visi ini menekankan peri penting penyertaan sektor swasta dan pelabur untuk memacu pertumbuhan ekonomi, menggalak daya inovasi dan juga mewujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti serta berdampak tinggi. 


Perjumpaan ini disertai beberapa orang pelabur yang berpengaruh di peringkat antarabangsa dan terkenal dengan sumbangan mereka kepada pembangunan ekonomi dan syarikat yang berjaya, antaranya pengasas bersama laman Facebook Eduardo Saverin dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama B Capital Raj Ganguly, Pengasas WM Partners Alejandro Weinstein dan Pengasas European Venture Funds Peter Kadas. 


Kehadiran mereka bukan sahaja mempamerkan keyakinan terhadap Kerajaan Perpaduan dan prospek ekonomi negara, malah ia membuktikan Malaysia mempunyai daya tarikan sebagai destinasi pelaburan antarabangsa.


Perjumpaan yang pertama seumpama ini membuka peluang untuk berkongsi pandangan serta meneroka kerjasama untuk mencapai matlamat ekonomi negara. Perbincangan turut menyentuh memberi soal peluang bagi meneroka pelaburan dalam sektor utama seperti teknologi dan inovasi, tenaga yang boleh diperbaharui, pembangunan infrastruktur, pelancongan serta hospitaliti, dan pembuatan. 


Selain itu, sesi ini turut berkisar mengenai usaha memupuk persekitaran bagi menggalakkan pelaburan langsung asing, memperkemas peraturan dan proses, meningkatkan tatakelola dan memastikan kemampanan jangka panjang serta menekankan kepentingan tanggungjawab sosial dan pertumbuhan inklusif, dengan komitmen untuk mengutamakan inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat tempatan dan menyumbang kepada agenda pembangunan mampan.


Usaha berterusan Kerajaan adalah untuk menyediakan persekitaran mesra pelabur yang memupuk inovasi, melindungi harta intelek dan menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta. Saya turut membuka ruang untuk para pelabur mengenal pasti peluang pelaburan yang sejajar dengan matlamat strategik di samping memenuhi keperluan masyarakat.


Ini merupakan asas untuk potensi kerjasama dan pelaburan yang akan memberikan manfaat ekonomi yang besar untuk Malaysia dan rakyatnya. 


#MalaysiaMADANI



Menantu Muhyiddin Yassin diburu Polis Antarabangsa ( INTERPOL )




Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk menyenaraikan nama menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam notis merah Interpol berkaitan siasatan dakwaan rasuah.


Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata permohonan untuk menyenaraikan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, 48, dalam notis merah berkenaan diterima daripada SPRM.


Razarudin Husain

Bercakap kepada sidang media pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Bukit Aman hari ini, beliau berkata PDRM dan SPRM akan bekerjasama dalam kes berkenaan.


“Sekiranya ada maklumat tambahan (notis merah interpol) saya akan memaklumkan kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya.


Pada 9 Ogos lepas SPRM memohon kepada PDRM untuk memasukkan nama dua individu, termasuk menantu Muhyiddin, ke dalam senarai notis merah jika gagal tampil untuk membantu siasatan.


Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki sebelum ini dilapor berkata Muhammad Adlan dan Mansoor Saat, 69, dikehendaki SPRM bagi membantu siasatan dakwaan kes rasuah dan penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.


- Bernama



ANTARA NEGARAWAN DAN BANGSAWAN



Ada pujangga menyebut:


“A Politician thinks about the next election,

A Statesman thinks about the next generation”. 


Politikus hanya memikirkan cara nak menang plihanraya. Dalam kepala hanya nak berkuasa. 


Negarawan pula pikir tentang negara dan anak cucu cicit kita.  Membina negara untuk kebaikan bersama. 


Figura paling berpengaruh sepanjang zaman, Nabi Muhammad SAW, bila Baginda berhijrah ke Madinah, untuk bina pusat pemerintahan Islam di sana. Baginda bukan bertindak sebagai “agamawan”. Beliau memimpin sebagai seorang “Negarawan”. 


Disatukan penduduk berbilang bangsa, diperkuatkan ekonominya, dan dibina bala tentera. Bukan Baginda hanya berwirid di masjid saja. Tunggu air bersih, jatuh ke riba. 


Di bawah kepimpinan Nabi SAW, Madinah jadi pusat Islam paling berjaya. Konsep Madani datang darinya. 


Satu lagi sifat Negarawan. Dia sanggup berkorban. Apa saja, jiwa raga dan harta. Mereka tidak kaya. Mereka zuhud belaka. 


Tengokkan Mathama Gandhi dan Nelson Mendela. Bandingkan Trump dengan Obama. 


Yang dekat dengan kita. Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Sampai tua mereka tak kaya. Untuk negara sampai sanggup bergadai harta benda. Keluarga mereka pun biasa2 saja. 


Ini kualiti Negarawan yang harus kita angkat martabatnya. 


***************************************


Bandingkan kualiti pemimpin yang jenis “BANGSAWAN”. Tiap hari meratib Bangsanya terancam. Kata mereka “Orang lain” nak mencuri harta dan tanah kita.


Walhal belakang, keluarga mereka dan mereka sendiri kaya raya. Tak tahu mana punca hartanya. Tengokkan yang kuat menjolok sarang tebuan, mainkan isu perkauman. Zuhud dan suci ke mereka? 


Set2 “Bangsawan” ini dari kepala hingga ke kaki, pakai Burberry. Jam tangan ribu riban lagi. Boleh beli bungalow sebijik. Ada yang kes cabul kanak2 lagi. Ada ke jenis zuhud level TG Nik Aziz? 


Ada yang sibuk mengata orang lain liberal dan LGBT. Tengokkan ahli keluarga dia pun kita naik pening. Ada yang anak DJ Kelab Malam nama Muslim Priest. Ada yang cucu selamba peluk anjing. Ada yang secara terbuka sertai parade LGBT. 


Hidup nya ala barat, liberal sekali. Tapi mengata orang lain kemain. Belum cerita lagi, keluarga mereka senang lenang. Bisnes masuk depan belakang. 


Sukarno pernah menyebut: 


“Bangsa sendiri yang mencuri hak bangsanya. Tapi Dia  akan tuduh bangsa lain, supaya dia bebas untuk mencuri”. 


Percayalah, set “Bangsawan” ini ada di mana2. Tapi nampaknya sekarang makin banyak di Malaysia. 


*************************


Sekarang Bangsawan ini kebanyakan sudah hilang kuasa. Maka makin kuat lah dimainkan isu kaum dan agama. Buat kita porak peranda. Sebenarnya, trick mereka nak berkuasa semula. 


Sesungguhnya, Negara sedang tenat, kita perlukan lebih banyak Negarawan bukan set2 Bangsawan. Kita juga tak perlu Agamawan semata2. Untuk mengetuai pentadbiran. 


Sekarang masanya untuk kita bina NEGARA. 


Kalau negara meranap, di manakah kita nak menegakkan agama, di mana kita nak memperkasakan bangsa? 


Kalau gagal membina negara semula, jadilah kita seperti Venezuella dan Sri Lanka. Mainkan politik kaum dan agama sekian lama. Akhirnya kini rakyatnya merempat jua. 


Apa jenis negara yang kita nak wasiatkan kepada anak cucu cicit kita? Tepuk dada tanya iman jua. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



KUBOQ DOK PANGGE ..HANG KALUT NAK TEBUK ATAP LAGI.





 Ini seorang Agamawan, yang tidak layak langsung digelar Negarawan. 


Yang tidak endahkan apa baik untuk negara dan masa depan rakyat. 


Dia nak apa dia nak. 


Ada little bird di Borneo bagitau saya, ada rombongan ke Sabah dan Sarawak minggu ni. Berjumpa Premier and CM mereka. 


Giatkan lagi usaha nak tebuk atap mereka. 


Sudah2 lah tu. Berlapang dada lah… 


Jangan lah nak sabotaj negara tak sudah. Anda pun sudah kalah. 


~LM~



SEBAGAIMANA DIJANJI, AMIRUDIN SEPATUTNYA DIKEKAL TERAJUI SELANGOR


Menjelang majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang dijangka Jumaat ini, tiba-tiba sejak semalam berlegar khabar angin yang mengatakan Amirudin Shari belum pasti dikekalkan bagi jawatan tersebut.


Perkhabaran itu mengatakan, antara sebab Amirudin tidak dikekalkan ialah kerana PKR dan PH yang diterajuinya gagal menyumbang jumlah kerusi yang signifikan bagi mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Selangor.


Nama yang paling disebut untuk menggantikan Amirudin adalah Dr Fahmi Ngah, Adun baru Seri Setia yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya kali ini.


Disebut-sebut dalam banyak perbualan politik bahawa Dr Fahmi dikatakan dikehendaki oleh Anwar Ibrahim sendiri sebagai Menteri Besar.


Dalam hal ini, saya sama sekali tidak terperanjat dengan khabar angin mengenai Dr Fahmi itu.


Ini kerana, saya sudah mendengar sejak kira-kira lima bulan dulu lagi tentang nama beliau sebagai bakal Menteri Besar Selangor itu, malah saya telah bercakap dengan beberapa orang mengenainya.


Perkhabaran jtu muncul bila seorang pemimpin PKR Selangor ketika saya naik kereta dengannya untuk solat Jumaat, pada waktu itu lagi beliau sudah memberitahu saya tentang perkara tersebut.


Dr Fahmi yang merupakan Pengarah Institut Penyelidikan Selangor, sebuah badan pemikir untuk kerajaan negeri serta pernah berkhidmat dengan Anwar semasa Presiden PKR itu menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selamgor, dikatakan menjadi pilihan untuk ditonjolkan kerana bakat kepimpinan yang dimilikinya.


Soalnya, wajarkah Amirudin ditukar?


Memang menamakan calon Menteri Besar adalah hak kepimpinan mana-mana parti yang berjaya memenangi kerusi majoriti dan ini tidak terkecuali untuk negeri Selangor.


Tetapi, Amirudin tiada “dosa besar” yang menyebabkannya perlu dipancung serta merta, lagi pun kegagalan memperolehi majoriti dua pertiga bukan suatu isu sangat jika dilihat bagaimana ghairahnya seluruh pimpinan utama PN datang menggempur untuk menawan negeri tersebut.


Dengan serangan yang begitu hebat, berjaya memimpin untuk PH terus kekal dan tidak tumbang di Selangor sudah boleh dikira sebagai suatu kejayaan buat Amirudin.


Kegagalan memperolehi majoriti dua pertiga tidak harus dilihat sebagai kegagalan Amirudin seorang diri, sebaliknya mesti dianggap sebagai beban yang perlu dipikul secara bersama oleh semua kepimpinan parti untuk diperbaiki dan dilonjakkan lagi prestasi dalam pilihan raya yang seterusnya.


Sejak menerajui Selangor bermula 2018, Selangor boleh dikata aman, tenang dan tiada isu-isu besar yang melanda ketika di tangan Amirudin.


Selain itu, beliau juga disenangi oleh semua lapisan rakyat, daripada singgahsana istana hinggalah rakyat biasa di kampung serta desa.


Ditambah dengan kedudukan sebagai Naib Presiden PKR, keberadaannya di negeri terpenting dan termaju seperti Selangor ini amatlah sesuai sekali.


Pun begitu, jika Anwar tetap ingin meletakkan calon baru bagi mengisi kerusi Menteri Besar Selangor, proses itu sebaiknya dilakukan sekurang-kurangnya pada satu pertiga penggal yang ada sekarang.


Menukar Menteri Besar secara mendadak hanya mencetuskan polemik dan perbalahan yang tidak perlu dalam PKR.


Maknanya, sebagaimana dijanji Anwar sendiri dalam kempen PRN baru-baru ini untuk mengekalkan Amirudin, beliau mesti terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor buat ketika ini.


Setelah setahun atau setahun setengah beliau memegang jawatan itu, bersama di ketika yang sama Dr Fahmi diberi jawatan Exco terlebih dahulu untuk beliau memahami selok-belok pentadbiran dan bercampur dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan, ketika itu barulah proses peralihan itu nampak cantik untuk dilakukan.


Amirudin pula, sesuai dengan pengalaman dan kedudukannya sebagai Naib Presiden PKR, sewajarnya dibawa ke pusat untuk mengemudi mana-mana kementerian yang selama ini dilihat lemah dan kurang berfungsi.


Agak-agak kementerian mana yang paling sesuai untuk Amirudin? – ShahbudinHusin 16/08/2023.


https://shahbudindotcom.net/



PN menang di P Pinang kerana undi Umno, kata penganalisis

 

Ahli sains politik, Wong Chin Huat, berkata PKR dan Amanah kalah di kerusi majoriti Melayu kerana tiada undi boleh pindah antara BN dan PH.


PN bakal mempunyai 11 wakil rakyat dalam DUN Pulau Pinang
 susulan lonjakan sokongan Melayu untuk gabungan pembangkang
 itu pada PRN Sabtu lalu. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Perikatan Nasional (PN) meraih kemenangan dalam PRN Pulau Pinang Sabtu lalu apabila memenangi 11 kerusi majoriti Melayu hasil sejumlah besar undi daripada penyokong Umno, kata seorang ahli sains politik.

PN menang di kawasan majoriti Melayu, iaitu Sungai Bakap, Penanti, Pinang Tunggal, Seberang Jaya, Permatang Berangan, Sungai Dua, Telok Bahang, Permatang Pasir, Pulau Betong, Telok Ayer Tawar dan Penaga.

Tujuh kerusi itu dirampas daripada PKR, empat daripada Umno dan satu Amanah.

Wong Chin Huat dari Universiti Sunway berkata, “gelombang hijau” di Pulau Pinang menyaksikan PN “menyerap” majoriti undi Umno, malah sehingga merugikan calon Umno yang hilang pengundi tegar.

Katanya, pemindahan undi Umno kepada PH tidak berlaku menyebabkan rakan gabungan, PKR serta Amanah, turut kalah kepada PN.

Undi tambahan diperoleh PKR dan Amanah jauh lebih rendah daripada yang diraih BN di kawasan Melayu dalam PRU15, katanya.

“Senario terbaik adalah di Bayan Lepas, di mana Amanah mendapat 3,360 lagi undi, iaitu hanya kira-kira 55% undi bagi BN pada PRU15,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Azeem Fazwan Ahmad Farouk dari Universiti Sains Malaysia berkata, PN meraih manfaat daripada kebimbangan orang Melayu berkait masalah sosioekonomi dihadapi masyarakat itu.

“Pendapatan isi rumah orang Melayu paling rendah di negeri itu. Tambahan pula kos sara hidup di Pulau Pinang tinggi dan memang menjadi cabaran untuk memiliki rumah, bukan saja bagi orang Melayu, malah bangsa lain.

“Semua isu ini dilihat dalam rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan negeri sedia ada,” katanya kepada FMT.

Sepanjang tempoh berkempen, PN memetik kos perumahan serta sara hidup tinggi di Pulau Pinang, dengan menyalahkan PH gagal menyelesaikan isu berkenaan walaupun telah berjanji demikian dalam manifesto PRU15.

Persepsi ‘tunduk’ kepada DAP

Mengulas kekalahan PH, Azeem berkata, ada persepsi Amanah “tunduk” kepada DAP, manakala status PKR sebagai parti berbilang bangsa menyukarkan usahanya mendapat sokongan Melayu di kawasan luar bandar Pulau Pinang.

Wong berkata, PN berkempen atas dasar parti Melayu dalam PH-BN tidak dapat mempertahankan Islam atau memperjuangkan kebajikan orang Islam disebabkan “tunduk” kepada DAP.

“Ini hanya akan berubah apabila politik Pulau Pinang lebih maju, melibatkan persaingan idea berkaitan dasar tanpa politik perkauman,” katanya sambil menambah PH-BN Pulau Pinang perlu mengambil langkah mengalihkan politik negeri itu daripada polemik berdasarkan perkauman.

Beliau menggesa Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengajak PN mewujudkan exco bayangan dalam kalangan 11 Adun dan menyediakan sumber diperlukan bagi menjalankan penyelidikan.



Menteri tidak terlibat tender: Jabatan Penjara pertahan Saifuddin



Jabatan Penjara Malaysia menafikan fitnah jahat terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang dituduh terbabit dalam urusan tender pembekalan kain bagi jabatan itu



Melalui satu kenyataan, Jabatan Penjara menegaskan semua perolehan perkhidmatan dan pembekalan dilaksanakan melalui Sistem e-Perolehan bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tender kerajaan.



"Tender pembekalan kain ini juga tertakluk kepada peraturan kewangan ditetapkan dan semua syarikat dibawa ke Lembaga Perolehan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk pertimbangan melepasi tiga peringkat penilaian.



"Ia membabitkan peringkat Jawatankuasa Pembuka Tender, Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Kewangan," katanya dipetik.



Kenyataan itu merujuk maklumat yang tular di media sosial mendakwa kononnya syarikat yang gagal dari segi teknikal dan kewangan, mendapat tender pembekalan kain di Jabatan Penjara Malaysia kerana menggunakan 'kabel' Saifuddin.



Tambah kenyataan itu, Lembaga Perolehan KDN untuk tender itu bersidang hanya sekali sahaja iaitu pada 10 Julai lalu untuk memuktamadkan syarikat pembekal yang berjaya.



"Oleh itu, tidak berlaku sebarang kelewatan dalam urusan tender ini," katanya.

 

 

PM bertemu pelabur terkemuka, teroka peluang pelaburan





 Selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) di 6 buah negeri Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar terus bekerja bagi memulihkan semula negara.



Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Anwar memaklumkan bertemu beberapa pelabur terkemuka di Putrajaya pada Selasa bagi meneroka peluang pelaburan strategik merentas sektor ekonomi utama



Pertemuan itu merupakan sebahagian ikhtiar Kerajaan Perpaduan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan mendukung visi yang terkandung dalam Ekonomi MADANI.



"Kebijakan Ekonomi MADANI adalah sebuah kerangka wahana yang jelas dan komprehensif bagi memungkinkan sebuah tatanan (sistem) ekonomi negara yang mampan dan terangkum sebagai usaha dan upaya kerajaan dalam meningkatkan tahap kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.



"Visi ini menekankan peri penting penyertaan sektor swasta dan pelabur untuk memacu pertumbuhan ekonomi, menggalak daya inovasi dan juga mewujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti serta berdampak tinggi," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.



Perjumpaan itu disertai beberapa pelabur yang berpengaruh di peringkat antarabangsa dan terkenal dengan sumbangan mereka kepada pembangunan ekonomi serta syarikat yang berjaya.



Antaranya pengasas bersama laman Facebook Eduardo Saverin dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama B Capital Raj Ganguly, Pengasas WM Partners Alejandro Weinstein serta Pengasas European Venture Funds Peter Kadas.



Mengulas lanjut pertemuan itu, Anwar berkata, perjumpaan yang pertama seumpama itu membuka peluang untuk beliau dan pelabur terbabit berkongsi pandangan serta meneroka kerjasama bagi mencapai matlamat ekonomi negara.

Kehadiran mereka jelasnya bukan sahaja mempamerkan keyakinan terhadap Kerajaan Perpaduan dan prospek ekonomi negara malah membuktikan Malaysia mempunyai daya tarikan sebagai destinasi pelaburan antarabangsa.

"Perbincangan turut menyentuh soal peluang bagi meneroka pelaburan dalam sektor utama seperti teknologi dan inovasi, tenaga yang boleh diperbaharui, pembangunan infrastruktur, pelancongan serta hospitaliti, dan pembuatan," katanya.



Selain itu, sesi berkenaan turut berkisar mengenai usaha memupuk persekitaran bagi menggalakkan pelaburan langsung asing, memperkemas peraturan dan proses serta meningkatkan tatakelola selain memastikan kemampanan jangka panjang selain menekankan kepentingan tanggungjawab sosial dan pertumbuhan inklusif dengan komitmen untuk mengutamakan inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat tempatan serta menyumbang kepada agenda pembangunan mampan.



"Kerajaan akan berterusan menyediakan persekitaran mesra pelabur yang memupuk inovasi, melindungi harta intelek serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta.



"Saya turut membuka ruang untuk para pelabur mengenal pasti peluang pelaburan yang sejajar dengan matlamat strategik di samping memenuhi keperluan masyarakat.



"Ini merupakan asas untuk potensi kerjasama dan pelaburan yang akan memberikan manfaat ekonomi yang besar untuk Malaysia dan rakyatnya," katanya