PMX DI TAMBUN.

 












Tiba di Perak hari ini dan terus menyantuni masyarakat setempat di Program Jualan Ikan, Udang dan Sotong Murah Parlimen Tambun.


Peluang ini digunakan untuk beramah mesra sambil mendengar sendiri keluh-kesah masyarakat berkaitan kehidupan seharian termasuk peningkatan kos sara hidup.


Saya sempat berucap dan menitipkan jaminan

bahawa kerajaan sentiasa berikhtiar bagi membantu rakyat termasuk dengan kewujudan jualan murah bersama kerjasama pihak terkait yang dijangka memberi manfaat kepada semua lapisan.


Insya-Allah, program jualan barangan keperluan ikan, ayam, beras dan sebagainya dengan harga murah seperti hari ini, akan diperluas ke seluruh negara kelak.


#MalaysiaMADANI