Pengerusi PH Perak mahu gelombang perpaduan menyebar seluruh negara

 

Oleh: Abdullah Zaid



Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menggesa anggota parti dalam kerajaan melancarkan gelombang perpaduan ke seluruh negara.



Dalam ucapan penggulungan dalam Konvensyen Kerajaan Perpaduan di Ipoh, Naib Presiden Amanah itu berkata, kerajaan pada ketika ini tidak boleh berasa selesa sebaliknya perlu menzahirkan semangat perpaduan sehingga ke akar umbi.



"Kita tidak boleh berasa selesa, baliklah ke akar umbi (ke dalam masyarakat) kita dengan membina gelombang perpaduan ini.



"Kena kerjasama buat program dan mesyuarat, dan turun ke lapangan juga harus bersama-sama," katanya kepada hadirin di dewan Hotel Casuarina hari ini.



Tambah Mujahid, usaha itu akan dapat memadamkan segala cakap-cakap pihak tertentu yang mendakwa kerjasama perpaduan hanyalah khalayan semata-mata.



"Kita akan terus perpaduan, ini adalah jalan untuk perpaduan negara," tegas beliau.

 

No comments: