MOHD SAYUTI OMAR
Mahathir
kantoi lagi
NOTA MALAM
PDRM dan SPRM menafikan dakwaan Mahathir Mohamad yang dibuat
ketika mengadakan sidang akhbar dalam episod untuk membela anak-anaknya
semalam, yang mendakwa polis dan SPRM melakukannya sebagai penjenayah semasa
menyoal siasatanya dan memburukkan SPRM tidak melaksanakan tanggungjawab.
Beliau disiasat selama satu jam ekoran laporan 16 polis
berhubung kenyataanya mempertikaikan kesetiaan kaum India ke atas negara ini.
Kenyataan Mahathir itu tidak disenang kaum India sehingga beberapa orang
pemimpin bangsa itu mempertikaikannya.
Menurut PDRM kenyataan itu diambil di pejabatnya di Yayasan
Perdana seperti mana dikehendak Mahathir bukan di Bukit Aman.
Dalam sidang media itu
juga beliau membangkitkan isu fitnah kononnya Anwar Ibrahim memiliki
kekayaan sebanyak RM3 billion dan mempunyai akaun simpanan berlainan tetapi ia
tidak disiasat oleh SPRM.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan SPRM hari menjelaskan pihak
suruhanjaya itu telah menyiasat dakwaan dibuat bekas penolong Bank Negara Abdul
Murad Khalid Oktober 1999 itu dengan membuka enam kertas siasatan
tetapi tidak menemui apa-apa bukti terhadap tuduhan itu.
Kata kenyataan itu siasatan dilakukan ketika Mahathir menjadi
perdana menteri.
Penolong Bank Negara Abdul Murad Khlid telah membuat akuan
berkanun pada Oktober 1999 mendakwa Anwar memiliki kekayaan sebanyak RM3
billion disamping mempunyai 120 akaun bersendirian dimana Murad mengakui dia
yang uruskan akaun berkenaan.
Merujuk kepada dakwaan Murad itu Mahathir cuba menyalahkan
dengan menempelak SPRM kenapa Anwar tidak disiasat.
Anwar sendiri semasa berbahas dalam satu sidang parlimen ketika
menjadi ketua pembangkang mencabar ahli parlimen BN yang membangkit perkara itu
untuk bangun berhadapan dengannya secara gentelmen. Malangnya seorang pun ahli
parlimen BN tidak berani menyahut cabarannya hanya berani melalak di luar dewan
saja.
Dengan penafian PDRM dan SPRM itu menyebabkan bekas PM dua kali
itu kantoi dalam masa 48 jam untuk kesekian kalinya dalam usaha ke akhir
hayatnya memburuk-buruk Anwar Ibrahim.
Sebagai rekod, akhirnya bekas penolong Gebenur Bank Negara itu
mengakui sumpah berkanun (SD) yang dibuat itu adalah atas arahan SPRM ketika
itu dimana perdana menteri Mahathir Mohamad yang giat membina naratif menipu
rakyat untuk menghalalkan tindaknnya memecat dan membuang Anwar dari Umno dan
jawatan timbalan perdana menteri, tanggal 3 September 1998. [wm. 8.12
pm 24/01/2024]