Oleh: Noraini Nordin
ANALISIS: Saat pembangkang dikhabarkan
sedang 'bercakar-cakaran' gara-gara berebut jawatan, Kerajaan Perpaduan terus
utuh memperteguhkan lagi perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri (PMX)
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Ipoh, Perak hari
ini adalah satu lagi bukti bawa perpaduan PH-BN bukan sebarangan.
Perpaduan ini amat utuh dan tidak boleh disangkal atau
dimomok-momokkan lagi.
Buktinya konvensyen hari ini berjaya menghimpunkan seluruh
pimpinan parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan peringkat negeri dengan
mengangkat tema “Bersama Demi Malaysia”.
Bagi rakyat Malaysia yang mencintai kedamaian, keharmonian dan
kestabilan dalam berpolitik serta hidup bermuafakat, pasti akan menarik nafas
lega dengan perkembangan terbaharu ini.
Peristiwa hari ini juga adalah satu lagi catatan manis yang boleh
'menutup mulut' 'tong-tong kosong ' yang masih mengkhayalkan Kerajaan Madani
kononnya bakal runtuh.
Fitnah pembangkang tidak laku lagi
Siri-siri fitnah oleh pihak pembangkang juga bakal tidak laku
apatah lagi. Cubaan-cubaan 'menebuk atap' Kerajaan Madani pasti tidak akan
membuahkan hasil.
Noraini Nordin
Lebih 1,500 perwakilan dari PH-BN menghadiri Konvensyen Kerajaan
Perpaduan Peringkat Negeri Perak di Hotel Casuarina, Ipoh, Perak memberikan
harapan ke arah penyatuan di seluruh negara.
Ucapan perasmian penutup disempurnakan oleh Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden KEADILAN pula
menekankan amanat untuk bergerak seiya sekata dalam Kerajaan Perpaduan daripada
hierarki tertinggi sehingga ke akar umbi.
Turut menyampaikan ucapan adalah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Manakala ucapan penggulungan konvensyen dilakukan oleh Pengerusi
BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Menteri Besar Perak.
Penggulungan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Perak, Senator Datuk
Seri Dr Mujahid Yusof Rawa pula menetapkan misi tahun 2024, iaitu
menyebarluaskan mesej perpaduan dan keharmonian kepada seluruh rakyat Malaysia.
Yang berpakat akan rasai kemenangan
'Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat' -
bidalan yang amat bertepatan dengan konvensyen hari ini.
Mereka yang bermuafakat, bersefahaman dan bertoleransi pasti akan
menang dalam meniti ranjau perjuangan.
Yang khianat serta suka mengadu domba pasti hati mereka tidak
tenang, bahkan lebih mudah kecundang di tengah jalan.
Hari ini rakyat menjadi saksi bahawa PH-BN adalah gabungan yang
matang dan mengutamakan negara serta rakyat dalam berpolitik.
Ayuh semua, mari kita bersama berpadu tenaga memperteguh
persepakatan untuk memantapkan lagi jalinan perpaduan ke pelusuk negara.
Malaysia Madani adalah agenda mengangkat martabat rakyat. Bersama
kita sebar seluasnya mesej Madani, bukan sahaja ke seluruh negara tetapi iuga
sehingga ke pentas dunia.
Ayuh terus mara bersama PMX membina Malaysia Madani yang
cemerlang.
________________________________________________________________________________
Penulis juga Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat