PMX DI JAMUAN PERPISAHAN YTPA


 Bersama Azizah hadiri Majlis Jamuan Negara sempena tamat pemerintahan KDYMM Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.













Dalam Sembah Ucapan, saya menzahirkan keyakinan bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Duli Tuanku dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua pihak.


Keprihatinan Tuanku dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terhadap kebajikan rakyat jelata juga melangkaui batasan biasa antara raja dengan rakyat.


Duli Tuanku telah menyempurnakan amanah pemerintahan dengan sempurna melalui sifat-sifat yang merakyat serta istiqamah menyelami denyut nadi rakyat jelata dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan terus diutamakan dalam apa jua keadaan.


Kebijaksanaan dan kewibaan Tuanku juga jelas terpancar sewaktu menyelesaikan kemelut politik negara sehingga mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang telah berjaya mempertaut permuafakatan dan memungkinkan kestabilan dapat dikecapi.


Kewujudan konsep Raja Berperlembagaan dan peranannya dalam sistem demokrasi bercorak Westminster ternyata melonjak peri pentingnya terutama dalam merungkai mehnah dan kemelut politik yang berpanjangan di masa lalu. 


Berbekalkan kepercayaan ini dan keprihatinan terhadap rakyat tambah memperkuat iltizam Jemaah Menteri dalam memastikan negara ditadbir dengan baik demi mengangkat darjat negara serta tahap kesejahteraan rakyat.


Insya-Allah, kerajaan bertekad untuk terus berusaha dan berbakti dengan sepenuh jiwa raga demi rakyat dan negara tercinta.


Daulat Tuanku!


#MalaysiaMADANI



No comments: