SPRM BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP FITNAH KETUA PENERANGAN BERSATU!



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis ke atas salah seorang pemimpin kanan Bersatu yang membuat dakwaan "fitnah" ke atas agensi berkenaan. Menurut SPRM, mereka merujuk kepada satu hantaran dalam TikTok yang memaparkan Ketua Penerangan Bersatu Malaysia, Razali Idris, berceramah di Kemaman pada 10 Nov lalu. Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, SPRM mendakwa beberapa tuduhan palsu dikeluarkan Razali dalam majlis tersebut. "Beliau telah menyatakan bahawa jentera-jentera kerajaan, SPRM dan hakim-hakim dikawal oleh kerajaan semasa, serta mempertikaikan keputusan hakim mahkamah tinggi berhubung sabitan empat pertuduhan ke atas bekas Menteri Belia dan Sukan," katanya yang merujuk kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Sumber berita 1. https://www.malaysiakini.com/news/686666 2. https://www.malaysiakini.com/news/686673



No comments: