DASAR GAJI PROGRESIF


Rafizi Ramli



 Hasrat utama Kerajaan ialah untuk mewujudkan pasaran bakat yang lebih rancak, iaitu memastikan majikan-majikan menawarkan gaji mengikut penetapan gaji progresif mengikut sektor kerana jika mereka membayar lebih rendah, mereka menghadapi kesukaran mendapat bakat yang diperlukan di dalam perniagaan mereka.


Bagi pihak pekerja, apabila mereka menjadi penerima gaji progresif, mereka perlu mematuhi syarat-syarat latihan dan penambahbaikan kemahiran yang akan diterjemahkan kepada tenaga kerja yang lebih bermutu dan produktiviti yang lebih tinggi.


Ini prasyarat untuk negara meningkatkan kandungan ekonomi bernilai tinggi dengan menambah kompleksiti di dalam ekonomi negara. 


Kerajaan akan terus melaksanakan inisiatif- inisiatif yang digariskan ini dalam usaha untuk mencapai CE kepada KDNK pada kadar 45% dalam tempoh 10 tahun menjelang tahun 2033, sebagaimana sasaran Ekonomi MADANI. 


Saya berharap orang ramai sama-sama meneliti cadangan terperinci Dasar Gaji Progresif yang akan dibentangkan pada 30 November ini supaya pelaksanaannya dapat mencapai sasaran meningkatkan gaji pekerja.



No comments: