REIDER PERLU HARGAI PMX- Syarikat p-hailing akan lebih telus kira kadar upah rider - PM


 Syarikat parcel hailing (P-Hailing) berjanji untuk lebih telus dalam pengiran kadar upah kepada penghantar barang (rider).


Hal itu terkandung dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengotakan janjinya untuk mengumpul dan bertemu dengan 24 syarikat p-hailing, bagi merundingkan rungutan yang diterima beliau semasa perjumpaan bersama rakan-rakan rider pada 22 Julai lalu.


"Saya telah menyampaikan keluhan penghantar terkait dengan isu kadar upah penghantaran .


"Semasa sesi ini, lima orang wakil daripada penghantar turut sama hadir bagi menyatakan pandangan dan mendengar maklum balas pihak syarikat.


"Perbincangan antaranya berkisar tentang pendapatan penghantar, jaringan keselamatan sosial serta keperluan latihan peningkatan kemahiran (upskilling).


"Saya turut mendengar pandangan dan aduan daripada syarikat pengendali yang beroperasi di luar Lembah Klang yang tertumpu kepada perkhidmatan di luar bandar," katanya dalam satu kenyataan malam ini.


Belum pernah syarikat p-hailing dikumpul kerajaan dengar keluhan rider, anak muda perlu hargai usaha PMX

Menurut PM, setelah mendengar pandangan kedua-dua belah pihak Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk meningkatkan peruntukan bagi inisiatif dan latihan peningkatan kemahiran (upskilling) yang diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia.


Manakala syarikat p-hailing katanya, berjanji untuk lebih telus dalam pengiraan kadar upah.


"Kesemua syarikat pengendali telah memberikan komitmen untuk lebih telus dalam penentuan dan pengiraan upah serta meneliti serta memperhalusi lebih lanjut pandangan daripada pihak penghantar berhubung penentuan dan pengiraan kadar upah.


"Penelitian lanjut ini penting, bahawa dalam menambah baik kadar upah penghantar, kepentingan pengguna khususnya di kawasan luar bandar harus kekal diutamakan agar tidak terbeban di samping turut mengambil kira keupayaan syarikat.


"Ikhtiar ini membuktikan Kerajaan peka dan mengambil berat akan kepentingan semua pihak dalam meningkatkan penjanaan pendapatan rakyat dan memastikan kesinambungan perniagaan," katanya lagi.


Pertemuan itu turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Menteri Komunikasi dan Digital, Menteri Sumber Manusia serta Pegawai Kanan Kementerian berkenaan.



No comments: