MANIFESTO PN SELANGOR COPY PASTE PH



 Manifesto PN Selangor copy paste PH

Manifesto PN Selangor copy paste PH

Manifesto Perikatan Nasional (PN) Selangor yang diumumkan kelmarin hanyalah salinan atau copy paste daripada dasar yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan di Selangor.

Menurut mantan Exco Selangor, Hee Loy Sian, tawaran untuk memberi 2 bulan bonus kepada kakitangan Kerajaan Negeri itu tidak perlu dipertimbangkan pengundi kerana kerajaan sedia ada telah pun memberi bonus sehingga 2.5 bulan.

“Mereka umumkan akan beri bonus 2 bulan kepada kakitangan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri selama ini, kita bukan setakat beri bonus dua bulan setahun, malah lebih daripada itu. Kadang kadang 2 bulan, kadang kadang 2.5 bulan. Ada sekali 3 bulan. Mereka hanya setakat dua bulan. Kita dah beri lama

“Saya masih ingat semasa nak menyambut Hari Raya Aidilfitri kita beri sebulan, semasa nak buka sekolah kita beri satu bulan. Kadang kadang ditambah lagi setengah bulan.

“Mereka juga kata nak beri wang perkahwainan RM500 kepada pasangan dan itu telah kita lakukan. Air percuma kita lakukan.

“Semua manifesto mereka copy dari kita. Jangan kita terpedaya dengan janji manis itu,” katanya dalam ceramah Arus Merah Kuning di Petaling Jaya, malam tadi.

Tegas Loy Sian lagi, manifesto 5 Teras PH Selangor yang dilancarkan baru baru ini adalah lebih menyeluruh dan berdasarkan kemampuan Kerajaan Negeri.

“Apa yang kita beri 5 tahun akan datang jelas kemampuan kita. Kita ada rizab RM3.4 bilion. Kita guna wang ini untuk kecemasan. Guna waktu Covid 19 beli vaksin untuk rakyat Selangor, skim jaminan air Selangor lepasi masalah pencemaran sungai. Semua ini kita telah lakukan. Kita buat yang terbaik,” katanya.

Justeru, Loy Sian berharap pengundi menyokong PH dan BN kerana gabungan dua parti tersebut kian mantap.

Lebih lagi, katanya, BN menurunkan calon calon yang berpengalaman di peringkat Persekutuan dan berharap Kerajaan Perpaduan akan menang besar di Selangor seperti pada PRU 2018 lalu.

“Saya yakin kali ini kita boleh menang besar di Selangor. Dengan satu syarat peratusan keluar mengundi perlu ditingkatkan.

“Saya minta pada 12 Ogos ini pengundi keluar beramai ramai bawa anak berumur 18. Nama telah tersenarai dalam SPR, bawa IC, yang penting nampak sahaja logo PH pangkah, nampak logo BN pangkah.

“Jangan kita rasa nak sokong sebelah sana,” katanya lagi.



No comments: