DIBIARKAN SEMAKIN ROSAK PEMIKIRAN UMAT- TIDAK MAHU PEMBANGGUNAN TAKUT RAKYAT MASUK NERAKA.

 

NORMAN RADZUAN


Bila penunggang agama tiada modal politik 





DIBIARKAN SEMAKIN ROSAK PEMIKIRAN UMAT


Beberapa hari lepas viral video seorang makcik menuduh UMNO kafir sampai kiamat. Siapa yg mengajarnya hingga dia berfikiran begitu?


Pemimpin PAS jgn nafikan mereka punca pengikut pemikiran ‘walaun’nya begitu. Ingat seorang Lebai dlm ceramahnya…” Siapa yg pangkah BN dan Pakatan masuk api neraka”.


Sekarang bekas Timbalan Menteri bukan level cap ayam boleh berceramah ‘kita tok se pembangunan tapi rakyat masuk neraka’. Ini benih pemikiran takfiri yg diajar kpd pengikut mereka hingga menjadi rosak pemikiran mereka.


Puas para ilmuan, ulamak, mufti, Ustaz dan org alim beritahu PAS itu bukan agama… tidak masuk neraka tidak pangkah PAS. Tapi pemimpin mereka sanggup berniagakan syurga dan neraka hanya utk meraih undi. 


Pesan saya pula walaupun saya bukan Ustaz apatah lagi Ulama.. tidak mengapa kita kehilangan byk undi kerana org Melayu terpedaya dgn rasuah syurga dan terpedaya mereka yg tidak bersama mereka musuh Allah yg patut diletakkan kpd dlm neraka. 


Kehidupan adalah satu perjalanan. Bukan kekal di sini tetapi jgn sesekali kita menunggang agama dlm berpolitik. Kita ada pegangan agama dan kita ada prinsip. Biar kalah asalkan kita tidak memperolok syurga dan neraka Allah.