YAKIN BENAR PN NAK TUKAR KERAJAANN MELALUI LANGKAH SEPERTI LANGKAH SYAITON.

 


PN yakin dapat tukar kerajaan pusat sekiranya menang besar dalam PRN nanti. Tapi bagaimana?


Pendapat aku, wujud sekumpulan manusia dalam UMNO yang mahu melihat UMNO kalah teruk dalam PRN nanti. Bila itu terjadi, mereka akan letakkan kesalahan pada Zahid Hamidi 100%.


Kemudian mungkin akan diadakan EGM untuk undi tak percaya terhadap Presiden. Sekiranya prestasi UMNO dalam PRN teruk, mungkin boleh yakinkan ahli untuk jatuhkan Zahid.


Seterusnya, seorang presiden yang tunduk kepada Mahiaddin akan dipilih. Presiden itu pula akan bawa UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan sokong Mahiaddin sebagai PM.


Pendapat aku, ini saja cara paling logik untuk PN jatuhkan Kerajaan Perpaduan Madani ini.


Tapi PN + BN masih tak cukup. Perlukan kerjasama GPS. Aku tak pasti apakah GPS akan bersetuju tapi setahunya, GPS ak boleh terima PAS. Sejauh mana mereka bertegas, tak dapat dipastikan.


UMNO perlu berhati-hati. Dalam keadaan ini, tak mustahil akan ada sabotaj dalaman besar-besaran untuk tewaskan UMNO dalam PRN nanti. Ini soal hidup mati PN dan pemimpinnya. Mereka takkan ambil mudah. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.