NORMAN RADZUAN
Ahli UMNO jgn mudah tertipu, UMNO perlu bangkit
JIKA AHLI UMNO BOIKOT… TALKIN UNTUK UMNO
Ada ura2 kerana hasutan dari dalaman dan luar parti, ada ahli
UMNO akan boikot undi atau memberikan undi kpd calon PN. Dgn alasan menolak
Zahid Hamidi atau DAP.
Tahukah ahli UMNO ketika UMNO mahu diharamkan, DS Anwar telah
berjumpa Muhyiddin utk menyelamatkan parti ini. Anwar beritahu Muhyiddin beliau
hanya lawan UMNO di pentas politik bukan mahu haramkan parti yg byk berjasa kpd
org Melayu ini.
Maksudnya tujuan Bersatu itu ditubuhkan utk menggantikan UMNO.
Jika ahli UMNO bertindak mengundi PN kerana termakan propaganda PN, sebenarnya
ahli UMNO sendiri sdg mentalkinkan partinya sendiri.
Kenapa Muhyiddin tidak mahu bersama sama menubuhkan kerajaan
Perpaduan? Sebab dia mahu jadi Perdana Menteri. Muhyiddin tidak akn serahkan
jawatan PM itu kpd UMNO mahupun PAS walaupun kekuatan PN 90% bergantung kpd
PAS.
Muhyiddin telah berjaya mempergunakan kekuatan PAS utk dia
berkuasa tetapi dia gagal menguasai UMNO. Akhirnya niatnya utk jadi PM sekali
lagi terbantut kerana sebenarnya Bersatu tiada kekuatan apa2.
Muhyiddin masih mahu buat kerja ‘tebuk atap’. Dlm sejarah
Malaysia, Muhyiddin satu2nya Individu yg menjatuhkan kerajaan yg sedia ada utk
menjadi PM. Jadi dia mahukan lakukan sekali lagi kerana ketakutannya kpd kes
mahkamah yg akn memenjarakannya jika disabitkan kesalahan.
Muhyiddin tahu hanya dgn satu cara sahaja utk dia menjadi PM
tanpa pilihanraya dgn melemahkan UMNO agar Zahid Hamidi terus tertekan.
Muhyiddin juga tahu walaupun PN menang PRN ini ia tidak akan
mengubah kerajaan pusat. Namun dia mahu Zahid dilihat gagal sebagai Presiden
UMNO utk ahli2 UMNO memberontak dgn memberi tekanan yg lebih dasyat kpd
Presiden yg dianggap sudah tidak relevan.
Kononnya org Melayu menolak UMNO utk bersama PH. Maka lanskap
politik Malaysia akn terus marak dgn isu perkauman yg semakin membarah dan
harapan PN, Zahid akn mengundurkan diri. Atau sekurangnya pengaruh Zahid
semakin lemah utk pemilihan UMNO akn dtg.
Jika ahli UMNO menolak calon PH/BN dan menyerahkan kpd PN, kuasa
kerajaan negeri tidak akn selari dgn kerajaan pusat. Ia hanya melemahkan UMNO
sendiri di negeri tersebut malah UMNO dilihat sudah tidak relevan di pentas
politik tanahair.
Ahli2 UMNO mesti ingat jika mereka memilih bekerjasama dgn PN,
mereka tidak mampu utk bertanding kerusi yg banyak pada PRU akn dtg kerana pada
PRU yg lalu UMNO menang tidak sampai 30 kerusi.
Sudah pasti PAS dan Bersatu yg juga parti Melayu seperti UMNO
tidak mahu melepaskan kerusi yg dimenangi mereka. Sdgkan jika bersama PH
peluang UMNO bertanding dibanyak kawasan Melayu lebih terbuka.
Ahli UMNO mesti mengambil peluang yg ada ini utk buktikan parti
keramat ini boleh bangkit kembali dan bukan ditalkinkan oleh ahlinya sendiri. Adalah
sgt malang jika ahli UMNO percaya kpd PN ( Bersatu ) yg mahu menggantikan UMNO.